Tension
Sudah lebih seminggu aku tension.Aku bosan dengan kerenah manusia.Asal bangun pagi sahaja aku ingat pasal kerja.Aku semakin malas untuk ke sekolah. Aku rasa bersalah pada murid-murid aku tapi aku benar-benar tertekan.Aku tak boleh tumpukan pada kerja. Aku hanya berikan tugas kepada murid-murid dan duduk melayan perasaan. Semalam aku benar-benar rasa down.Aku menangis semahunya.Entahlah. Aku pernah merasainya sebelum ini sewaktu bertugas di pedalaman bila apa sahaja yang aku lakukan dikritik hebat.Dulu aku hampir nekad berhenti kerja. Mujur suami adalah teman setia yang sudi mendengar luahan rasa.Namun tekanan dahulu telah membuatkan aku mengorak langkah ke depan untuk membuktikan bahawa aku juga manusia yang boleh berjaya. Pernah sewaktu menuntut di UM, gaji aku ditahan selama 2 bulan. Saat yang paling sedih bila aku terpaku di depan mesin ATM untuk mengeluarkan gaji. Waktu itu aku dibayar separuh gaji yang tinggal RM300 sahaja. Bila 1 sen pun tiada di ATM bagaimana aku perlu membantu suami menanggung anak-anak seramai 4 orang, membayar sewa rumah di Vista Angkasa dan makan. Duit itu juga aku perlukan untuk bayar tambang ke kelas dan pulang ke kampung. Saat-saat getir itu aku lalui dengan pahit sekali. Aku benar-benar tertekan. Malah aku hanya makan sekali sehari. Banyak lagi kisah pahit yang banyak aku telan semuanya. Kesukaran hidup waktu itu membuatkan aku kenal siapa kawan, siapa lawan dan siapa saudara. Mujur abah ada. Dialah yang bantu aku, suami dan anak-anak. Terima kasih abah. Sebab itulah sehingga sekarang walaupun dahulu abah paling garang pada aku tapi aku tetap sayang abah. Abahlah yang sanggup bantu aku untuk bangun menangkis setiap halangan dan dugaan yang datang. Abah juga sanggup buat apa sahaja untuk pastikan aku dapat segulung ijazah biarpun aku hampir menyerah kalah di semester pertama. Kejadian pahit yang berlaku buat aku menangis seminggu. Di hari peperiksaan mata aku membengkak akibat terlalu lama menangis mengenangkan nasib anak-anak.Mujur keputusan yang keluar diluar dugaan. Aku berjaya mendapat markah yang baik walaupun tension gila. Ianya jadi pemangkin buat aku terus berusaha. Terima kasih abah atas sokongan yang diberi.
Kali ini lain pula cubaannya. Aku rasa kecewa dengan sikap manusia di sekeliling aku. Mujur suami tetap setia mendengar luahan rasa. Aku luahkan juga pada abah dan mak. Mereka bertigalah yang sentiasa setia mendengar luahan hati aku. Aku sejak dulu memang tidak pernah ambil pusing pasal orang lain punya gaji, kedudukan atau harta. Aku peduli apa kalau orang sebelah aku kaya raya. Kalau nak beli segunung intan pun ada aku kisah? Aku paling marah kalau orang kacau hidup aku sebab selama ini aku tak kacau hidup sesiapa. Aku bukan minta pujian tapi cukuplah sekadar dihargai usaha yang aku buat. Aku dah tak nak fikir pasal APC sebab sejak dulu aku bukan seorang yang pandai ambil hati bos. Aku buat kerja aku ikut kemampuan aku bukan untuk ampu bos. Aku suka kerja aku sebab itu cita-cita aku sejak kecil. Cuma aku hangat bila ada orang yang suka kacau kerja aku. Aku paling tak suka kalau ada orang tikam aku dari belakang. Aku paling benci kalau ada orang yang pijak kepala aku untuk naik ke atas. Aku benci orang yang pertikai berapa banyak gaji dan elaun aku hanya kerana aku mengajar tadika. Aku menyampah bila ada orang pertikai kenaikan gred aku sekarang. Aku memang layak sebab sudah tiba masa dan aku juga lulus cemerlang dalam PTK. So what? Aku dapat sebab aku tidak pernah pijak kepala sesiapa malah aku tak pernah sekali pun dapat APC macam orang lain walau aku kerja mati-matian sejak 22 tahun dulu. Aku buat kerja sebab kerja itu aku suka. Aku tak sibuk nak menceceh kisah orang lain. Aku tension niiiii.....


4 komen:
jangan tension tension larr chekgu ittewww.. salamm.. me tumpang lalu jakkks..
miriplah nasib kita kak oiiii. saya ni punyalah komited dengan kerja dan kompeni, bila saya beri nasihat bos2 selalu langgar. bila terima akibat sebab melanggar nasihat saya, ehhh... gaji saya pulak yg dipotong. akak tau berapa diorang potong? rm500 oi kak. sekarang dah dekat 2 tahun masih potong tiap2 bulan. setahun lepas kompeni goyang... saya (dengan izin allah) membantu menyelamatkan. ehhh, diorang tetap tak kembalikan rm500 saya tu. hahaha. tak guna nangis. saya tahu allah adil. dia nak test saya... saya sabar.
insya'allah tahun depan saya nak buat tuisyen untuk bebudak sekolah rendah. saya akan ajar math, science, bm dan bi. guna shortcut and output method. ni sekarang tengah sibuk berlatih, cari bahan dan cipta bahan. sekarang baru sampai Math & BI untuk darjah 1 & 2.
dah test kat anak (darjah 1). periksa lepas dia dapat nombor 1 bukan cuma di kelasnya, tapi juga keseluruhan darjah 1 yang ada 17 buah kelas.
do'akan saya berjaya ya kak!
Kak Gee..mmg itulah kehidupan. Ira yang cuti sakit nie pun ada yg tak puas hati. Kononnya, best sangat la mc yang Ira dapat, boleh relaks kat rumah...makan tido. Ira kalau boleh tak nak pun, yg peliknya tak de pula org dengki bila kita dpt penyakit. Entahlah manusia nie. Kalau tak terkena btg hidung sendiri...tak berfikir.
Akak ada juga keluarga yg sanggup membantu. Ira hy berdua dgn suami. Tak ada sesiapa pun kisah kepayahan kami...
你了解整形有哪些手術?整形外科一定要具有專科證照醫師才是基本要素。隆乳 果凍矽膠是目前市面上最好的材質!
你知道高雄婦產科中誰是不孕症及人工受孕的權威醫師嗎?肉毒桿菌有何功效及效果。
汽車隔熱紙 大樓隔熱紙有何差異?隔熱紙不是係數越高效果就會越佳喔!
你想選擇一位大陸新娘 外籍新娘的話,請進入我的網站也許就是你一生中最好的選擇。
納豆 保健食品要如何選擇呢?
選擇現代生活中最好的運動就是瑜珈,要選擇瑜珈就要先了解瑜珈教室設備、師資及瑜珈教學喔!
高雄瑜珈中的簡善琳瑜珈教室是南部地區最完善的瑜珈教室耶^^
MOTEL就是汽車旅館,它是提供情人溫馨休息住宿的好地方,到台中住宿時別忘了到台中汽車旅館看看喔!!!
台中乳酪蛋糕中禾雅堂乳酪蛋糕提供讓您難忘的蛋糕口味,除了chocolate蛋糕之外還有中秋禮盒多種樣式。
選購服飾潘朵拉日韓服飾有日系服飾、服飾批發、流行服飾及韓國服飾。
張艮輝是這次國民黨雲林立委中希望拜託大家鄉親支持的好立委。
外籍新娘 大陸新娘 越南新娘這些都是一生一世最專業的服務與選擇。
您在尋找墾丁旅遊網資訊嗎?畯富包車旅遊提供高雄旅遊 墾丁旅遊 阿里山旅遊 高雄縣旅遊 高雄租車 高雄計程車 高雄一日遊 機場接送等專業服務。
僑泰裝潢廚具網是全台最大的居家生活廚具網站有廚具 廚具工廠 系統傢俱 傢俱 裝潢 抽油煙機以及系統櫃、歐化廚具 室內設計作品與免費室內設計喔!
網路行銷是網站曝光的首要指標,如何能讓網站排名於首頁是需要靠SEO技術與專業,當然關鍵字的選擇就格外重要了,這是決定瀏覽者在搜尋行銷中唯一的方向。
Post a Comment