Kawan Lama
Assalamualaikum
Lama dah aku tidak mencatat cerita di sini. Semakin hari aku semakin malas kerana aku sedang menumpukan penulisan yang lebih bercorak akademik di blog kelas aku. Aku kena dan mesti kendalikan blog kelas kerana kelas aku terpilih untuk mewakili daerah Kota Tinggi di dalam pertandingan kelas terbaik negeri Johor. Ada ketikanya aku memang hampir tewas. Aku macam nak lepaskan semuanya. Tapi bila fikirkan semula untuk peluang kenaikan pangkat ke gred guru pakar DG48 mengikut jalan pantas ( 3 tahun di DG44 dah layak mohon )... aku telan semua kepenatan itu. Cuma bila bos sibuk suruh aku siapkan laman web sekolah aku macam dah tak boleh nak terima rasanya. Banyak sangat yang aku kena fikir. Bukan mudah nak buat laman web sekolah sebab banyak info kena masukkan. Semua tu aku kena buat di rumah! Aku ulang sekali lagi buat keje DI RUMAH!. Kalau di sekolah memang aku tak sempat sebab tugas aku di kelas pun tak pernah selesai. Aku nak nangis rasa bila ingat semua ni. Entahlah mungkin sebab aku semakin tua... sekarang ni bila lama-lama mengadap komputer, mata aku berpinar-pinar....belakang aku sakit.
Ada ketika aku rasa macam nak tutup je blog ni. Tapi bila ingatkan kawan-kawan aku fikir semula. Kalau aku tutup... susah aku nak cari info tentang kawan-kawan yang pernah sama-sama menjadi blogger di peringkat awal dulu. Jadi aku biarkan je blog ini bersawang.
Cakap pasal kawan-kawan lama aku teringat berita stadium Kuala Terengganu runtuh beberapa minggu lalu. Waktu wawancara dengan pengarah bomba Terengganu disiarkan di TV3, suami aku kata...Pauzan dah jadi pengarah Terengganu dan malam ni aku cuba selidik... dah sah... dia dah jadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. Tabik la kat kawan lama aku ni....
Aku masih ingat masa adik sepupu aku kawin 2 tahun lalu dan dia sekeluarga turut ada di rumah makcik aku. Apa lagi aku pun perkenalkan anak-anak aku kepada dia dan anak-anak dia. Hahaha... boleh ke dia cakap kat budak-budak tu yang aku ni makwe lama dia. Nasib baik anak-anak dara dia faham ayat gurauan itu. Kalau tak mau ada orang yang cemburu. Hehehe... Sebenarnya ada cerita lucu berlaku masa kami lepas SPM dulu. Masa tu aku dapat interview untuk sambung belajar di ITM (kini UiTM) di Batu Pahat. Sehari sebelum temuduga aku ke rumah orang tua dia di Batu Pahat. Sampai di simpang kampung aku terus ke kedai berhampiran bertanya arah rumahnya. Sampai di rumah orang tua Pauzan aku yang ramah tamah ni terus je bersalaman dengan makcik-makcik yang sedang memesin getah di tepi rumah Wak Ahmad ni. Aku ni gatal mulut terus je tanya mana anak bujang Wak Ahmad ni di depan makcik-makcik yang ada tu. Kebetulan waktu itu dia sudah keluar. Hehehe... anak dara tanya anak bujang orang ni apa kes?... Makcik-makcik yang ada tu semua konfius sebab aku orang Kota Tinggi tetiba je tanya anak bujang orang Batu Pahat. Hahaha... arwah Wak Ahmad terus je cakap yang aku ni tunang dia. Mak dia pun angguk sama. Hehehe... kecoh kat Parit Semarang yang aku dan Pauzan ni tunangan. Malam itu aku tak jadi tidur di situ sebab Pauzan tak ada dan tak ada pula orang yang boleh hantar aku ke pusat temuduga. Aku terpaksa bermalam di rumah kawan aku di Air Hitam. Sebenarnya aku dan keluarga Pauzan bukan orang lain... abang dia telah menjadi pakcik aku apabila berkahwin dengan adik mak aku.... hahaha... kami berkawan sejak hari pertama abang dia sah jadi pakcik aku. Tu je...
Berbalik kisah aku jadi "tunang" orang dalam sekelip mata... Selepas beberapa hari aku balik dari Batu Pahat, Wak Ahmad dan isterinya datang ke rumah mak aku untuk ucapkan terima kasih kepada aku. Rupa-rupanya Pauzan ni jadi rebutan anak dara di kampungnya. Bila aku tetiba je datang, mereka cepat-cepat mengaku aku ni tunang dia. Kebetulan masa tu aku maintain ayu...sopan santun gitu... hehe... salam cium tangan. Betul la tu kan... salam dengan orang tua yang juga aku anggap nenek dan datuk. Tapi dengan anak bujang dia tak kan la aku nak panggil Pak Anjang lak... dah sebaya weh... aku ikut suka je la.. Sejak aku tiba di kampung tu barulah reda kisah perebutan. Kiranya aku ni penyelamat la... Sepatutnya aku ni masuk jadi ahli bomba dan penyelamat tau...hahaha...
Zan, kalau kau baca entri aku ni.... sorila yek sebab aku buka kisah lama. Ekceli ramai kengkawan sekolah kau di SMT JB yang juga kawan aku di SMK Tun Habab pun tertanya-tanya di mana kau sekarang. Bila tengok rupa kau yang terkini... rasa cepatnya masa berlalu. Rambut ala Alleycat kau dulu dah hilang semua ek... tapi aku tetap mantain lagi tau... hehehe... Sebab apa aku ni awet muda? ... sebab aku ni tiap-tiap hari jumpa orang muda... hahaha... Apa-apa pun kau tetap menang dari aku.... kau dah bertaraf Pengarah... aku ni "pengerah" anak-anak murid je. Kau tetap menang sebab kau ada 7 anak tapi aku yang kawin dulu cuma ada 4 je.
Hehe... seronok kenang kisah lama.

PgKB 1 PAUZAN BIN AHMAD
Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu

![]() |

2 komen:
salam kak g,
mmg lama betul kak g x update blog ni.
wah skali masuk...pjg citer.
kenangan lama pun menjelma kembali.
nasib baik masing2 dah berumah tangga. klu tidak mau cik abg cemburu.
salam zue
ni kisah lama. kami baik sejak sekolah menengah sb dia duduk serumah dgn makcik. dulu pakcik pn ada sound ingat kami ni ada apa2. hahaa... mmg x ada apa pun. kami just close fren je... dah mcm sdara.
cuma nk jd cerita bila kes temuduga ITM tu. dia jd rebutan gadis2 kat kg maklum org belajar U. utk elakkan kes rebut merebut ni arwah wak Ahmad terus je tangkap akak jd "tunang" dia. hahaha...
abg akak x cemburu la...dia tahu siapa akak. hehe... akak ni masa mula kenal abg dulu brutal semcm. kami kwn x lama sb akak x suka nk bercinta lama2 takut mcm kisah cinta pertama yg putus separuh jln lepas kawan selama 5 thn. cinta kami hingga skrg ni ...kisah cinta cikgu2 kt sekolah... kirim surat dlm buku latihan murid. hahaha. kenal bulan 2, dtg meminang bln 4, bln 12 kawin. alhamdulillah kekal smpi la ni. ada citer nya tu... nantilah akak buka kisah cinta kami. hehehe boleh buat novel. hahaa
Post a Comment