Ruangan Iklan




Thursday, July 31, 2008

10 Habit That Bosses Love

Assalamualaikum
Lama juga aku tak update blog ni. Sibuk bercampur malas pun ada ditambah kesihatan yang tidak menentu akibat sakit belakang yang sering berulang. Subuh begini aku terbaca artikel kat Yahoo... Semoga mendapat manfaat bersama

10 Habits that Bosses Love

by Margaret Steen, for Yahoo! HotJobs

Every boss wants employees who do their jobs well. But even among highly competent employees, there are distinctions. Here are 10 tips for making sure you're on the boss's A-list:

1. Communicate, communicate, communicate. Especially at the beginning of your relationship -- that is, when either you or the boss is new to the job -- err on the side of giving your boss too much information and asking too many questions.

"There's no such thing as a dumb question," says Marianne Adoradio, a Silicon Valley recruiter and career counselor. "Look at it as information gathering."

Don't keep up the constant stream of communication unless your boss likes it, though. It's best to ask directly whether you're giving the boss enough information or too much.

2. Acknowledge what the boss says. Bosses appreciate "responsive listening," says John Farner, principal of Russell Employee Management Consulting. When your boss asks you to do something or suggests ways for you to improve your work, let her know you heard.

3. Collaborate. When your boss has a new idea, respond to it in a constructive way instead of throwing up roadblocks.

"Be willing to brainstorm ways to get something done," says Michael Beasley, principal of Career-Crossings and a leadership and career development coach.

4. Build relationships. You'll make your boss look good if you establish a good rapport with your department's customers, whether they're inside the company or outside. Bring back what you learn -- about ways to offer better customer service, for example -- to your boss. This is also helpful for your own career development.

"Everybody wins in the long run," Adoradio says.

5. Understand how you fit in. Is your boss detail-oriented, or someone who keeps his head in the clouds?

"The boss's personality is just incredibly important," says Norm Meshriy, a career counselor and principal of Career Insights.

Equally important is understanding what your boss wants in an employee. It may be, for example, that a boss who is detail-oriented will expect his employees to be as well. But a boss who has no time for details may actually appreciate an employee who does.

6. Learn the boss's pet peeves. If your manager has said repeatedly that she hates being interrupted first thing in the morning, don't run to her office to give her a project update when you first get in.

7. Anticipate the boss's needs. Once you have worked with your boss for a while, you should be able to guess what information he will want before approving your purchase order, for example.

If you provide it ahead of time, "that's a gold star," Farner adds.

8. Think one level up. You still need to do your own job, of course. But when managers consider who deserves a promotion, they look for people who understand the issues that their bosses face.

9. Open yourself to new ways of doing things. When your boss comes to you with a new idea, don't simply dismiss it. If you don't think it will work, offer to discuss it further in "a mature, responsible, adult-like way," Beasley says.

10. Be engaged in your work. Arguing with your boss over every request is not a good strategy, but neither is simply shrugging your shoulders and agreeing with everything your boss says. "The manager would like to see an engaged individual," Beasley says. That means both showing enthusiasm for your work and speaking up when you see room for improvement.

Wednesday, July 23, 2008

Tuesday, July 22, 2008

Assalamualaikum.
Hari ini aku dapat email dari rakan setugas yang isinya begini... Semoga dapat kita renungkan bersama.

KASIHNYA Allah PADA WANITA

PDF

E-mail


"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyak". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan'istimewa terhadap wanita dalamIslam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologisme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islammelayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan
kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan`femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak
menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa
wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba' kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Monday, July 21, 2008

Intan

Tetiba malam ni aku terajin sekejap menjengah blog kengkawan baru yang tiba ke blog. Hehehe blog ni je aku jengah sebab lepas ni aku nak siapkan kerja-kerja aku yang sedang melambak di lantai... Aku suka entri ni sebab sejak balik sekolah aku senyum aje... ada banyak perkara yang buatkan aku senyum... antaranya entri pasal kunjungan terjah ke rumah Kasawari dan duit masyuk hari ni. Sabtu lepas aku dah kuarkan banyak duit, hari ni senyum bila tengok nombor dalam akaun meningkat. Tak adalah ribuan ringgit. Duit masuk rm101.00 je.... hahaha.... lepas gak duit minyak dan duit kantin minggu ni sementara tunggu gaji keluar. Alahai gaji cikgu prasekolah ciput je...

OK jom layan blog Intan ni...

Mencuba Ikon Senyuman

Kali ini Intan tiada topik yang menarik ingin dikongsi bersama.. Cuma nak bagitau sikit, siang tadi Intan ada buat kek gula hangus.. Menjadi.. Ni kira kali ke 2 Intan buat kek gula hangus.:girl_4:
Cuma malas nak ambik gambar.. Jadi, takde gambar..takde la resepi.. :girl_12:


Sebenarnya, kali ni Intan ingin mencuba ikon senyuman Girls yang Intan perolehi di blogmenjerit. Thanks blogmenjerit sbb menjadikan blog Intan menarik sikit dengan adanya girls yang comel2 ni..

Creator asal ikon senyuman ini ialah Siti Rufaidah.. Kat sana pun ada macam2 ikon senyuman..

Sape2 yang ingin menambahkan ikon senyuman dengan pelbagai versi, silalah ke blogmenjerit ataupun Siti Rufaidah ya.. Kat sana, macam2 ada..:girl_4:

Peristiwa Hari Ini

Isnin, 21 Julai 2008:
Assalamualaikum
Benarnya hari ni tak ada cerita apa pun nak dimuatkan. Hahaha...maklum Monday Blues. Namun dalam blues ni tetiba je pagi ni terkezut sikit. Hah apa dah jadi? Orang Jabatan Pelajaran Johor datang terjah ke kelas. Terkedu sekejap sebab baru je lepas makan bersama murid-murid. Apa lagi mulalah aku angkut keluar semua bahan yang aku dah buat di kelas. Memula sekali aku keluarkan modul yang aku tengah sibuk buat sekarang ni.

Lepas tu aku angkat fail murid yang seberat 3 kilo itu. Maklum bahan yang dibuat sejak bulan Januari. Kalau jual kat recycle ni sah-sah leh dapat duit. Hehehe... Kemudian aku keluarkan buku-buku latihan murid aku. Respon yang aku dapat ialah... cap jempol. Pergh lega.

Sunday, July 20, 2008

Ke rumah Kasawari

Sabtu, 19 Julai, 2008:
Aku tiba di Kulai pada pukul 7.00 malam. Sebelum itu aku telah menelefon birasku di Taman Sri Pulai Perdana untuk menziarahinya. Rupa-rupanya dia juga sedang dalam perjalanan pulang setelah melawat anak-anaknya Fahmi dan Syafiqah di MRSM Mersing. Sementara menunggu ipar dan birasku sampai, aku menelefon Kasawari. Pergh lega sebab dia ada di rumah.

Usai Maghrib, di stesen Petronas Jalan Kenari di Taman Bandar Putra,Mula-mula arah kanan, rupa-rupanya arah kiri. Melilau juga aku mencarinya dalam pekat malam. Aku tersasar ke jalan Camar di seberang jalan. Aku berpusing semula dan akhirnya menemui rumah Kasawari. Teringat entri di blog Norzailina yang pernah ke rumah Kasawari...depan rumahnya ada pokok mangga. Akhirnya sesi "terjah" aku sekeluarga menjadi. Sempat juga kami berkenalan dengan Linda, Aiman dan Ammar. Aku tiba pukul 8.00 malam dan bertolak ke Sri Pulai Perdana pada pukul 9.30 malam ( lebih kurang la...lupa sebab syok sangat berbual ). Banyak juga yang sempat dibincangkan... hehehe macam orang politik pula membincangkan masalah negara khususnya blogger. Peramah juga rupa-rupanya Kasawari dan Linda. Beberapa kali dah angkat punggung nak balik tapi eh...ada aje sa menelefon bertanya kami di mana. Tunjuk arah yang diberikannya sebelum itu rupa-rupanya salah.mbungan cerita. Hahaha... Dah tahu rumah ni bolehlah kami datang beraya kelak ya...

Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5 SAMURA

Jumaat, 18 Julai 2008:
Aku, suami dan dua orang anak ke SAMURA. Kami bertolak dari Kota Tinggi pada pukul 2.45 petang. Perjalanan ke Muar jauh juga tetapi demi perjuangan masa depan anak kedua, kami gagahkan juga untuk ke SM Sains Muar atau SAMURA. Aku sempat menemui sahabat seperjuangan di Yong Peng, Fauzianah. Kami bertemu di stesen Petronas Yong Peng. Perbualan singkat sahaja berkaitan aktiviti prasekolah. Aku menunjukkan kepadanya buku Modul Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah bertema Buah-buahan. Maklumlah dia bakal ke Institut Perguruan di Batu Pahat pada Isnin ini untuk menjalani latihan Kursus Dalam Perkhidmatan selama 14 minggu. Bahan-bahan seperti ini akan membantunya dan guru-guru prasekolah. Aku telah menyiapkan CD bertema itu dan setakat ini ramai juga yang ingin memilikinya. Malah ada guru dari Brunei turut memintanya. Memandangkan bahan ini memerlukan modal untuk membinanya dan kos penghantaran, maka aku telah mengiklankannya di blog kelasku dengan harga yang sangat minima. Kalau nak tahu cerita lanjut, bolehlah ke blog kelas aku tu.

Kami tiba di Muar kira-kira pukul 8.00 malam. Cuaca hujan sepanjang malam. Pagi Sabtu kami ke SAMURA. Ramai juga ibu bapa dan penjaga pelajar yang datang. Keputusan anakku masih belum memuaskan walaupun berada di Kelas 5 Arif, kelas pertama di SAMURA. Bila anakku menitiskan airmata melihat keputusan peperiksaannya, aku pun sama mengesat airmata yang hampir menitis di tubir mata. Ada beberapa subjek yang dia masih lemah. Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik serta Sejarah. Aku faham perasaan anakku yang telah berusaha keras. Namun apakan daya kerana jarak yang jauh membataskan waktu untuk aku ke sana selalu. Dia perlukan sokongan kami berdua. Walau apapun kami berdua tetap meniupkan semangat kepadanya untuk terus berjuang. Aku faham bahawa matapelajaran Sains memang sukar tapi dengan sokongan guru-guru yang ada di sana, aku yakin di akhir perjuangan anakku ini akan mencapai sebuah kejayaan. Aku pernah melalui saat-saat getir 30 tahun lalu sewaktu berada di kelas Sains di SMK Tun Habab. Kalau dulu aku tiada bahan rujukan, tapi kini aku lihat corak pembelajaran di SAMURA adalah merupakan antara yang terbaik di Malaysia.


Semoga guru-guru di SAMURA akan terus gigih dan tanpa jemu membantu meningkatkan pencapaian anak keduaku ini. InsyaAllah. Aku amat menghargai usaha guru-guru. Semoga Allah jua yang membalas budi baik guru-guru sekelian. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Aku sering mengingatkan anak-anak bahawa jasa baik guru perlu dihargai, patuh dan hormat guru-guru akan membuahkan hasil yang baik kelak.


Selesai majlis, kami ke Giant di Tanjung Agas untuk membaiki cermin mata anakku. Hai terbang lebih dari RM300.00 untuk menukar bingkai cermin mata yang telah patah dan membuat cermin mata yang baru sebagai gantian. Demi masa depan anak, aku rela berhabis. Selepas memilih cermin mata dan sementara cermin mata baru dibaiki, kami mengelilingi Giant. Yalah untuk mengambil hati anak dan meningkatkan motivasinya ikutkan sahaja apa yang diperlukan tapi masih terkawal.



Selesai berbelanja, kami mula sesi posing pula. Anak-anak memang manja dengan ayah mereka. Inilah yang aku inginkan di mana anak-anak bebas meluahkan isi hati kepada kami dan menganggap kami bukan sahaja sebagai ibu bapa tetapi sebagai rakan karib. Kami bertolak pulang pada pukul 4.00 petang.

Wednesday, July 9, 2008

M.F Kencana

Dalam ramai blogger yang singgah tak sangka pula ada orang sedaerah menjengah. Jaraknya hanya 38km sahaja dari rumah. Siapa dia ni?

  • Siapa M.F Kencana?

    Berasal dari Kota Tinggi, Johor. Merupakan seorang penulis karya sastera. Kini menuntut di ASWARA dalam bidang pengajian Ijazah di Jabatan Penulisan Kreatif, juga sebagai wartawan akhbar MEDIA TERKINI & MINGGUAN MISTERI. Antara novel yang telah dihasilkan ialah Mahkota Cinta, Pelik Aneh, Haji, Misteri Puteri Sari, Koleksi Hantu dan Jangan Tegur!
    EMAIL: jangantegur@yahoo.com jangantegur@gmail.com

Baskoro

Terima kasih Baskoro kerana sudi singgah. Aku setuju dengan pendapat Baskoro...


SISTEM PENDIDIKAN KITA HARUS BERTANGGUNGJAWAB

TERHADAP KRISIS MORAL DAN ETIKA DI NEGARA INI


Oleh:

Cak Baskoro Adi Prayitno



Kurikulum merupakan ’softwere’ yang paling fital dalam menghasilkan sebuah luaran pendidikan. Kurikulum pendidikan kita sebenarnya memang ’belum’ dirancang untuk menghasilkan produk luaran seperti telah diamanatkan oleh tujuan pendidikan nasional. Kurikulum kita hanya dirancang untuk menghasilkan manusia-manusia yang pandai secara kognitif


Tatanan kehidupan yang semrawut merupakan akibat dari system kebangsaan yang rapuh. Hal ini mengantarkan masyarakat Indonesia pada krisis yang berkepanjangan yang seakan tiada pernah berakhir. Berbagai peristiwa dan kejadian yang tidak menyenangkan selalu menghiasi kolom-kolom koran dan layar kaca kita hampir setiap hari, baik itu berupa berita eksploitasi pusat atas daerah, eksploitasi manusia atas manusia, penggunaan jabatan yang sewenang-wenang jauh dari sumpah jabatan, perilaku kekerasan di kalangan remaja, percaturan bisnis yang tidak beretika, perilaku poilitik yang culas serta kerusuhan-kerusuhan di berbagai daerah.

Adalah wajar bila muncul sebuah pertanyaan pada diri kita “pasti ada sesuatu yang salah dengan bangsa ini?’. Mengurai “sesuatu yang salah” ini bukanlah pekerjaan yang mudah, bahkan lebih sulit daripada mengurai benang yang paling kusut sekalipun. Menurut hemat saya kesemrawutan bangsa ini merupakan akumulasi dari akibat “sesuatu” yang salah tersebut. Kesemrawutan ini tidaklah cukup dijelaskan dengan hanya menggunakan hukum kausalitas sederhana. Fakta menunjukkan koruptor kelas kakap sebagian besar adalah orang yang berpendidikan tinggi bahkan orang yang mempunyai pengetahuan yang baik mengenai hukum. Orang yang suka membunuh saudaranya mengaku orang yang paling taat beragama. Seolah-olah menyalahkan kurangnya pendidikan dan pengetahuan agama masyarakat tidak berdasar. (Kadang kala saya berpikir terminology Hume bisa jadi benar ketika ia mengatakan tidak ada rasionalisasinya hukum kausalitas alam. Karena segala sesuatu kejadian di alam itu tidak hanya dipengaruhi oleh beberapa factor tapi supra multi factor yang tidak akan pernah diketahui alasannya oleh manusia). Namun hati kecil saya percaya bahwa tidak ada sebab tanpa ada penyebab, tidak ada asap kalau tidak api demikian pepatah bijak mengatakan.

Kalau kita mencoba mau sedikit mengernyitkan dahi untuk menelusuri akar masalah penyebab krisis kebangsaan ini mungkin kita akan sampai pada salah satu titik simpul yang mempunyai andil besar dalam menyumbang kesemrawutan ini yaitu system pendidikan. Adalah benar adanya jika banyak ahli mengatakan bahwa institusi yang pertama kali harus bertanggungjawab terhadap krisis kebangsaan ini adalah dunia pendidikan, karena dunia pendidikan merupakan ujung tombak dalam membentuk karakter anak bangsa, karena dunia pendidikan yang memberikan warna hitam atau putih anak-anak bangsa. Pertanyaan selanjutnya apa yang salah dengan pendidikan kita sehingga menghasilkan luaran-luaran yang pintar dan cerdas secara kognitif tetapi miskin etika dan moral.

Apa yang Salah dengan Sistem Pendidikan Kita

Kalau kita berbicara tentang sistem pendidikan, secara sederhana dapat dilustrasikan seperti kerja sebuah pabrik dalam menghasilkan sebuah produk. Kerja sebuah pabrik selalu berurusan dengan tiga komponen, yaitu input, proses, produk. Input merupakan berbagai hal (sumber daya) yang digunakan dalam proses untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Jika pabrik tersebut adalah pabrik mebel maka input tersebut bisa berupa kayu. Proses, adalah upaya untuk memanfaatkan sumberdaya yang ada dalam mencapai tujuan yang telah ditetapkan, jadi pada bagian ini input tadi akan dibentuk sesuai dengan tujuan yang diharapkan. Masih dengan menggunakan contoh pabrik mebel, maka bagian proses ini adalah kegiatan mengubah kayu menjadi sebuah mebel (sebagai tujuan yang telah ditetapkan). Luaran, merupakan hasil akhir dari kegiatan proses. Hasil akhir dari proses pada contoh pabrik di atas berupa mebel bisa kursi, meja, almari, sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan.

Cara kerja sistem pendidikan kurang lebih sama dengan sistem kerja sebuah pabrik yang telah diuraikan sebelumnya. Kalau kita hendak mengurai apa yang salah dengan system pendidikan kita, kita harus menelusuri komponen-komponen ini. Untuk mengurai apa yang salah dengan system pendidikan kita mari kita tinjau dulu tujuan pendidikan nasional kita yaitu ‘mengembangkan potensi peserta didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada tuhan yang maha esa, berakhlak mulia, sehat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warga negara yang demokratis dan bertanggungjawab. Namun agaknya tujuan pendidikan nasional ini untuk konteks sekarang harus diakui masih ’jauh panggang dari api’. Bila kita ibaratkan (masih dengan menggunakan contoh pabrik mebel) tujuannya hendak membuat mebel, produk yang dihasilkan malah ‘mobil-mobilan’ dari kayu. (masih mendingan jika hasilnya masih berupa mebel dengan mutu jelek )

Bila kita mendapatkan luaran yang tidak sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan akal sehat kita pasti mengira ada sesuatu yang tidak benar pada sisi input dan proses tersebut. Kalau kita berbicara Input dalam pendidikan paling tidak ada 3 faktor yang terlibat, 1) orang yang terlibat dalam proses, dalam hal ini siswa, guru, dan karyawan, 2) material, meliputi fasilitas, peralatan dan barang-barang yang diperlukan dalam proses, 3) tekhnologi, adalah tekhnik yang digunakan dalam proses untuk melaksanakan tugas-tugas praktis untuk mencapai tujuan. Sekarang mari kita coba melihat apa yang salah dari sisi input. Pertama kita tinjau dari sisi orang yang terlibat, siswa merupakan ’bahan mentah’ yang akan dibentuk oleh proses pendidikan sesuai dengan tujuan pendidikan nasional yang telah ditetapkan, dari sisi siswa merupakan sesuatu yang tidak bisa ditawar-tawar lagi, jadi pada sisi siswa kita harus berasumsi tidak ada masalah berarti. Selanjutnya adalah guru, faktor guru masih banyak menyisakan masalah terutama masalah pemerataan dan mutu guru, untuk mengatasi permasalahan mutu guru pemerintah sedang mensertifikasi ratusan ribu guru di Indonesia, permasalahan mutu guru ini merupakan kegagalan LPTK dalam menyiapkan guru berkualitas (menurut hemat saya, sertifikasi guru barangkali merupakan langkah yang tepat untuk jangka pendek, tetapi akan menjadi pemborosan besar-besaran bila tidak diiringi perbaikan kualitas institusi penghasil guru (LPTK), kegiatan sertifikasi guru merupakan indikator kegagalan LPTK dalam menghasilkan guru yang berkualitas). Faktor kedua berupa material seperti fasilitas, peralatan dan barang-barang yang diperlukan dalam proses, bila kita tinjau dari sisi ini, sudah menjadi rahasia umum bahwa fasilitas, peralatan dan barang-barang yang diperlukan dalam proses untuk mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan sungguh sangat memprihatinkan. Faktor ketiga teknologi, tekhnologi dalam konteks ini adalah tekhnologi yang diperlukan untuk mencapai tujuan pendidikan yang ditetapkan, menurut hemat saya sampai saat ini pemerintah masih ’kebingungan’ mencari ’tekhnologi’ yang cepat, tepat dan efisien untuk mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan. Jadi kesimpulannya jika kita tinjau dari sisi input sistem pendidikan kita memang masih banyak menyisakan permasalahan.

Selanjutnya kita mencoba mengurai permasalah sistem pendidikan kita dari sisi proses. Bila kita mencoba mengidentifikasi komponen-komponen apa saja yang terlibat dari sisi proses paling tidak ada dua faktor penting yang sangat mempengaruhi output dari sistem pendidikan, yang pertama kurikulum dan yang kedua adalah proses pembelajaran. Kurikulum ini merupakan ’softwere’ yang paling fital dalam menghasilkan sebuah luaran, karena di dalam kurikulum ini sesungguhnya ’blue print’ sebuah luaran. Menurut hemat saya kurikulum pendidikan kita sebenarnya memang ’belum’ dirancang untuk menghasilkan produk luaran seperti telah diamanatkan oleh tujuan pendidikan nasional kita. Kurikulum kita sebenarnya dirancang untuk menghasilkan manusia-manusia yang pandai secara kognitif saja. Untuk membuktikan statment ini sebenarnya cukup mudah, mari kita tinjau kurikulum pendidikan dasar dan menengah kita, berapa banyak mata palajaran yang mampu mengajari siswa kita berakhlak mulia, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warga negara yang demokratis dan bertanggungjawab?, berapa jam mata pelajaran agama untuk mengajari menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada tuhan yang maha esa?. Faktor kedua yang sangat berpengaruh adalah proses pembelajaran, harus kita akui proses pembelajaran kita masih terorientasi pada kegiatan menghafal, siswa tidak pernah diajarkan kemampuan berpikir (berpikir tinggi,`kreatif, kritis, apalagi ketrampilan sosial), siswa kita tidak ada bedanya dengan burung beo (saya masih ingat ketika saya masih menjadi guru GTT di SMA swasta di Malang, saya iseng-iseng bertanya pada siswa saya ’coba berikan contoh simbiosis mutualisme?’ hampir sebagian siswa saya menjawab burung jalak sama kerbau, ketika saya minta mereka memberi contoh lain semua siswa tidak bisa, dan pertanyaan ini saya ulang pada siswa yang baru masuk disekolah tersebut pada tahun berikutnya, dan jawaban mereka sama dengan jawaban siswa saya sebelumnya)

Dari uraian di atas adalah sebuah kewajaran jika luaran pendidikan kita hampir sebagian besar miskin etika dan moral, selain kurikulum kita yang kurang mengakomodir soal etika dan moral, juga disebabkan oleh sebab-sebab lain yang sangat kompleks mulai dari sisi input dan proses. Adalah suatu kewajaran jika banyak orang mengatakan sistem pendidikan kita harus bertanggungjawab terhadap krisis moral dan etika di negara ini.


Malang, 28 Juni 2008

Blog Directory

Jom kita ramai-ramai pi daftar blog kat sini.... Aku dah daftar dah. Jangan tak daftar

http://replymf.googlepages.com/blogdirectory

Tok Nabe

Aku terbaca entri tentang Etok kat blog Tok Nabe. Selama ni aku ingat etok ni ada kat negeri-negeri di sebelah pantai timur Malaysia je. Apa la punya "lemau"nya pengetahuan am aku ni. Maklum kat Johor ni khususnya kat Kota Tinggi tak pernah jumpa. Seronok pula aku tengok gambar etok tu. Mengimbau kembali kenangan tinggal di Terengganu tahu 1984-86 dulu. Huh lama dah tu weh!...

Misi Mencari Etok

Petang tadi sempat menyelesaikan misi yang tertangguh itu hari. Hari ini air sungai cantik, tidak dalam hanya separas dada itik aje. Bukanlah...airnya kali ini nampak sesuai untuk projek mencari etak@etok. Dengan bermodalkan tenaga dan rela basah, misi kali ini nampak berjaya terlaksana.

Sungai Macap, sungai ni bermula dari Tasik Machap dan saya rasa terus mengalir hingga ke Selat Melaka melalui Pontian. Sugainya kecik aja, tapi sungai inilah yang menenggelamkan banyak tempat ketika banjir besar melanda Johor tak lama dulu. Sungai ni juga tak jauh sangat dari rumah saya, tak sampai pun 10 minit perjalanan.

Tu askar 2 orang sedang sibuk gotong royong mencari etak. Sibuk kemain.... sebenarnya etak di sungai ini amat banyak dan pelbagai saiz. Bila berjalan di sungai, kaki memang berpijak kepada etak2 ni. Memang banyak sangat.... kalau tak memilih saiz dua tiga kali sauk memang sudah cukup untuk memenuhi satu besen yang kecil. Medium untuk menyauknya.....hehe saya gunakan penutup muka kipas berdiri. Itulah yang ada, memandangkan lubang2 penutup kipas ni besar, maka etak2 yang masuk pun hanya yang bersaiz besar saja. yang kecil bertaburan jatuh, itulah yang saya kehendaki.

Inilah rupa etak@etok tu. Saiz yang diambil yang sebesar ibu jari dewasa ke atas, yang kecik2 tu buang balik ke dalam sungai..biar dia besar sikit. Yang besar lebih kurang bersaiz ibu jari kaki dewasa dan yang paling kecil yang diambil adalah bersaiz ibu jari. Tak sangka ye, di Johor pun ada etak. Yang saya ketahui di sungai Pahang pun banyak etak, dan kebanyakkan pencari etak dari Kelantan akan ke Sungai Pahang untuk mencari etak. dengar kata juga etak2 Sungai Pahang lebih besar berbanding Sungai kelantan. Mungkin saiznya sama besar dengan saiz etak Sungai Macap ni.

Cara masak etak ni ada macam2. Ada orang menyalai etak di atas bara api hingga masak. sebelum disalai etak2 itu diperap dengan garam, bawang dan serai yang dimesin halus. Ada orang masak etak ni masak lemak atau pun goreng serai. Walau apa pun cara memasaknya, semuanya memang meleleh air liur ler bagi peminat2nya. Cara saya masak?...masak apa2 pun hanya saya yang makan, yang lain maklum ler tak penah jumpa.


Ira

Lama tak ke blog Ira, rupa-rupanya dah ada hobi baru mak budak ni... Tengok ni

Hobi

Rasanya inilah hobi yang paling menarik dalam hidup ira....mana taknya...mengadap benda nie sampaikan dapur tak berasap dua tiga hari....kepala pusing, mata rasa nak terbeliak sebab dok terhendap masukkan manik2 kecil semata2 seutas gelang...hiiii....tapi yang bestnya suami ira nampaknya menyokong...semalam dia siap sediakan lampu kecil utk ira...May be dia suka ira sibuk dgn gelang kristal tu coz tak ada ler yang menganggu dia nak mengikuti EURO 2008.....bijak2...bijak2....

Disebabkan gelang nie la...ira dan kawan2 selalu jugak ke Chow Kit...cari manik...Yang kelakarnya, suami kawan ira siap tanya...sejak bila korang pandai pergi Lorong Hj. Taib.....Kami pegi siap satu rombongan....Tapi, setakat hari nie ira belum berani la bawak "H" pegi situ...biasalah Chow Kit Road dah tak macam dulu lagi...penuh dgn warga asing....lagi pun kawasan tu 'jam'....

Tentang Kuda

Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.

Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Badwi mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa
" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab

Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.
Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.
Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'baka Arab' ! Wallahhuallam.

Kuda Dalam Al-Quran

Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan ( bukan perjudian).

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati di dalam Islam. Malah di dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.


Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda.
Nabi Sulaiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah perintis dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama 'Sabaha' dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullah saw :

"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur putih dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )

Nota:

Aku petik cerita ni dari blog Melentur Mimpi Kehidupan, Mendaki bukit-bukit Harapan. Jemputlah ke blog tu.

De_Banjar

Aku suka puisi ni... Aku petik dari blog De_Banjar. Kalu korang nak lawat blog dia, klik sahaja pada judul puisi itu ok. Jom layan puisi ini.

Tentang Waktu.....

Ambillah waktu untuk berfikir ;
itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain ;
itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdo'a ;
itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar ;
itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai ;
itu adalah hak istimewa yang di berikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat ;
itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa ;
itu adalah musik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi ;
itu adalah membuat hidup serasa berarti

Ambillah waktu untuk berkerja ;
itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal ;
itu adalh kunci menuju Syurga

Kujie.com

Notis Perpindahan

Terimakasih kerana singgah .

Saya ucapkan terimakasih atas segala sokongan yang telah diberikan selama ini.

Semoga mendapat rahmat dan petunjuk dan diberkati Allah dalam setiap perjalanan hidup kita.

Maafkan segala kekhilafan yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat...

Saya secara rasminya telah berpindah ke

http://www.kujie2.com

Qistina

Korang minat shopping online? Jom lawat:



BATIK SUTERA - BRUSH DESIGNS

BATIK SUTERA - JACQUARD RETAK



Ada banyak lagi barang menarik kat sini. Bagi yang belum gawat kocek, silakanlah. Bagi yang dah gawat dan rebeh kocek tu... layan tengok je la... hehehe...

Cinta seorang suami

Assalamualaikum
Lama aku tidak menulis di sini. Kesihatan yang tidak mengizinkan di tambah dengan kekangan masa yang menuntut aku meluangkan masa untuk memberikan tumpuan penuh pada tugas seharian. Fini dan Kasawari antara blogger yang sering bertanyakan diriku. Sejak sakit dan sibuk dengan tugas aku makin terasa malas nak update blog. Macam rasa nak tutup je blog ni untuk beri lebih tumpuan pada kerja. Bulan Ogos ini mungkin aku akan semakin sibuk sekiranya permohonan jawatan pensyarah sambilan yang kupohon diterima Universiti Malaya. Nampaknya aku kena mula belajar semula jika lulus. Bulan Ogos juga jadi bulan sibuk kerana karnival prasekolah bermula. Kelas aku telah dicalonkan untuk mewakili daerah Kota Tinggi ke peringkat negeri Johor kemudian kita akan mula berpuasa. Lepas puasa, hari raya dan aku mula kena buat persediaan untuk majlis anak sulungku pula. Jadi sibuk yang semakin sibuklah lepas ni. Kepada blogger yang ke sini dan aku masih tidak sempat melawat blog mereka, maaf yang kupinta.

Aku nak share dengan korang semua email dari Junaidi ni...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.


Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,

sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian,
dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.


Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ...


"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali
tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
S
ejenak kerongkongannya tersekat...
"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia ....
Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......
bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?


Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana
Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ...
Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana
Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit .. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada
Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin
hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .