Ruangan Iklan




Thursday, April 10, 2008

Belajar Cetak T-shirt

panduan mencetak Tshirt
Panduan Mencetak T-shirt
Jika anda bercita-cita untuk menjadi usahawan pencetakkan t-shirt tetapi tidak tahu bagaimana cara dan teknik untuk mencetak, inilah panduan yang amat sesuai untuk anda. Jika anda seorang pelajar dan mahu jadikan ia sebagai duit poket, saya amat menggalakkan anda mempelajarinya. Jika anda hanya mahu mencetak dalam bilangan yang kecil mengikut design yang anda reka sendiri dan hadiah kepada kawan-kawan maka ia amat perlu untuk anda mempelajari teknik mencetak t-shirt dengan penerangan yang mudah difahami dan padat dengan bahasa yang tidak meleret-leret. Walaupun ia diterbitkan dalam bentuk e-book tetapi saya telah menghasilkan e-book ini dengan pelbagai grafik yang memudahkan untuk pencetak baru ingin belajar. Saya juga pernah menuntut dengan pakar-pakar pencetakkan t-shirt ini maka saya memahami apa yang diingini oleh mereka yang baru belajar.
Serba Sedikit Tentang Pencetakkan T-shirt
Teknik yang akan saya terangkan adalah 'Teknik Pencetakkan Silk Screen'. Ia adalah teknik yang amat menarik kerana ia dilakukan secara manual dan pantas tanpa memerlukan mesin dan peralatan yang canggih. Ia terbukti telah melahirkan usahawan berjaya dengan modal yang kecil. Ia bukan sahaja boleh dicetak di atas t-shirt malah ia boleh diaplikasikan diatas mug, topi, tuala, poster, banner dan pelbagai lagi.
Bolehkah Perniagaan Ini Menjana Pendapatan Lumayan?
Ini adalah suatu perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan perniagaan ini, sebenarnya perniagaan ini memang akan menguntungkan kerana ia mempunyai permintaan yang amat tinggi. Permintaan biasanya adalah daripada pelajar UITM, kelab sukan, persatuan beruniform, pelajar IKM, pelajar politeknik, pelajar ILP, malah pelajar sekolah pasti akan mencari pencetak t-shirt untuk dijadikan kenangan sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan. Saya jamin pasti anda tidak menang tangan kerana permintaan yang tinggi ini. Jika anda mahu mendirikan perniagaan yang mempunyai prospek penghasilan produk yang besar, maka anda tidak akan risau dengan pasarannya. Jika dibantu pula dengan promosi, maka anda boleh menjadi usahawan berjaya walaupun dengan modal yang tidak besar.
Berapa Modal Permulaan Untuk Mencuba?
Jika anda ingin mencuba sahaja modal permulaan tidak banyak dan jika anda sudah bersedia untuk menjual produk anda tentu perlu mengeluarkan modal yang lebih sikit untuk membeli peralatan atau stok. Pelajar sekolah mampu untuk memulakan bisness ini kerana modal terlalu sedikit malah lebih murah daripada harga sebuah handphone. Kesemua peralatan tersebut mudah didapati terutama di kedai menjual alat-alat tulis. Jika perniagaan anda sudah maju anda boleh order terus dari pembekal produk dengan jumlah yang banyak.
Apa Yang Akan Saya Pelajari Daripada E-book Ini?
Pengenalan
Teknik Cetakan Silk Screen
Jaring Sutera
Bingkai Blok
Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok
Memasang Jaring Sutera
Saiz Bingkai Blok
Squeege
Teknik Stensil
Cara Memotong Corak
Teknik Photo Emulsion
Apa Itu Photo Emulsion
Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan
Cara Menanggalkan Photo Emulsion
Menampal Emulsion Yang Berlubang
Menampal Selotape
Dye ( Bahan Pewarna)
TC Dye
Rubberise FD
Emboss Dye
Florecents Dye
Proses Mencetak
Kaedah Penyediaan Pencetakkan
Meja Cetak
Teknik Meletak Blok Pada T-shirt
Cara Mencetak
Mencuci Blok
Seterika
Kemahiran Membancuh Warna
Penerangan Yang Jelas dan Lengkap
Di sini saya tunjukkan 'screen shot' mengenai isi kandungan e-book ini:

screen shot

Kesemuanya mengandungi sebanyak 44 muka dan di dalam format pdf.
Mengapa Anda Perlu Membeli E-book Ini
1. Anda akan diajar langkah demi langkah daripada asas sehingga anda mahir.
2. Penerangan yang teratur dan lengkap dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Saya telah menyusun dengan bahasa yang memudahkan anda memahaminya.
3. Jaminan : jika anda tidak berpuas hati, dalam masa terdekat kami boleh memulangkan kembali wang anda.
4. Kami menyediakan khidmat nasihat. Anda boleh menghubungi kami melalui email: idhamtshirt@gmail.com. kami akan membantu anda sehingga anda boleh mencetak dengan sempurna.
5. Jika anda tidak berbakat dalam melukis, kami akan memberi anda tips dan cara mendapatkan design yang menarik untuk pelangan anda mengikut tema yang dikehendaki.
6. Harga e-book ini sangat murah. Saya nasihatkan anda melakukan survey, sebagai pengguna yang bijak anda tentu pandai membandingkan harga dan kualiti yang akan anda terima. Saya meletakkan harga yang murah dengan harapan ia dapat membantu usahawan muda memulakan perniagaan.

cover

Tajuk :Panduan Mencetak T-shirt
Muka surat :44 muka surat tidak termasuk kulit.
Format :pdf. (Ia akan dibaca dengan menggunakan Perisian Adobe Reader. Jika komputer anda tiada perisian tersebut anda boleh download secara percuma di sini)
Harga :RM 30
Penghantaran :download melalui Internet. Alamat link akan dihantar melalui e-mail anda.
Masa Penghantaran :Secepat mungkin dan selewat-lewatnya 24 jam. (Kami menyemak e-mail 3 kali sehari.)

Cara Pembayaran
Anda boleh memindah/mendeposit amaun sebanyak RM30 sahaja menerusi mesin ATM atau laman web perbankan yang menyediakan transaksi pembayaran secara on-line kepada akaun kami. Transaksi perlu dibuat mengikut butiran di bawah:
No. Akaun
: 158220606698
Bank
: Maybank
Nama
: IDHAM EFFENDI BIN ABD WAHAB
Amaun
: RM 30.00
Selepas Anda membuat pembayaran sila hantarkan maklumat transaksi sebagai bukti pembayaran.
CTH: tarikh, masa bank in, nama bank, no. transaksi
Sila Hantar Email Kepada: idhamtshirt@gmail.com

13 comments:

Anonymous said...

saya minat la.. tp xder jual yg ber cetak???

Anonymous said...

knape x jual bukunye?

PrintingBaju.com said...

panduan buku yang menarik :) amat sesuai jika dibaca dan dipraktikkan..

aNa_MusLiM said...

assalamualaikum...saya berminat la nak dapatkan e-book nie..cam na cara pembayaran n lepas kita wat pembayaran apa yang perlu d lakukan...??

Anonymous said...

saya berminat nk ebook ni.. mcm maner nyer? blh email kt sy tak?
nsnresources@gmail.com

berani kerana BENAR,takut kerana SALAH said...

mcm mane nk dpt kan e-book ni? e-mail saya, amk.telukkemang@gmail.com

berani kerana BENAR,takut kerana SALAH said...

mcm mane nk dptkan e-book ni??? e-mail saya amk.telukkemang@gmail.com

zila said...

salam... masih ada lagi ker.. pls email sy klu masih menjual e book ini.. sy ingin membelinya.. tq

Anonymous said...

masih ada jualan lg ke??

Anonymous said...

ada lg ke e-book ni? nak beli la.
email :- cle_patra@yahoo.com

mohd Almawardi said...

aku jumpe ebook mcm ni free je geng

Anonymous said...

mohd almawardi,awk jumpe ebook free kat mana...email sya shaifful_26@hotmail.com tq

Anonymous said...

Panduan ni ada lagi tak.berminat sgt.
Emel saya pls ttg cara tempahan dan no yg plu dhubungi pas tempahan.
From aspiration_gurlz84@yahoo.com