Ruangan Iklan




Wednesday, February 28, 2007

Happy Land

Hari ini akak masukkan games ni untuk hiburkan hati. Hari ini amat meletihkan kerana hari ini juga nasib malang menimpa akak...baju dan tudung dibasahi ink printer yang tiba-tiba memancut. Salah sendiri juga kerana kurang berhati-hati. Semangat nak mencetak tuntutan perbelanjaan kelas sepanjang bulan Januari dan Februari. Walaupun gitu, hari ini akak tetap happy sebab dapat ciku free. Akak ambil ciku kat sekolah lepas hantar murid-murid balik. Pokoknya banyak kerengga tapi oraitlah dapat seplastik besar buah ciku free. Yummmm...




Monday, February 26, 2007

Syahid Zul

Terima kasih Syahid Zul kerana beri tip blog. Akak salin di sini untuk manfaat bersama. Kira halal la yek...:)

Disini saya nak kongsi cara saya hias blog ni..
Dengan cara yang mudah sila download fail ni.

Kemudian buka fail tersebut(boleh buka ngan notepad).

Login ke akaun anda(blogger shj)>>pergi ke layout>>edit html

|

Kemudian copy code dalam file yang anda download tadi.Delete semua code dalam edit html page dan paste dengan code yang baru anda download tadi.

Jika ingin buat perubahan terhadap image,saya syorkan anda gantikan
1]header image {image name:header-1.gif}
2]sidebar header {image name:small_header.gif}

dan gantikan dengan image anda!

Cara tukarkan image
Cari dalam code tersebut image name yang saya berikan diatas kemudian tukar kepada url image anda sendiri.

Dan jika ingin menukar warna background,sila tukar warna bahagian ini


#333333 tu adalah kod bagi warna kelabu bagi bahagian tepi blog ni...

tapi kalau nak terus pakai template tu tampa edit apa-apa pun ok..

rasanya tu jer kot..kalau ada apa-apa soalan sila tanya di bahagian komen..

Komen akak: Bagi yang nak belajar tu bolehlah tiru saranan Syahid Zul ni untuk meningkatkan mutu imej blog sahabat semua.

Chia

Tak sangka ada juga orang dari Netherland yang menjengah ke blog akak ni. Rasa-rasanya Chia ni orang Malaysia. Kalau tak, tak kan dia leh tanya tentang Pontian. Akak sempat membaca sajak-sajak nukilan Chia Mimi. Hmmm..ok gak...:)Thanks Chia for your visit. Hope u enjoy my blog :)


TODAY IT RAINS

Today it rains alongside me
small fears are carefully put away
illusions taken care of
my heart is safe and of stone
there is no yes and there is no no
everything has a plain face.
The park of phantasy has closed
it rains, no one will come.

Bayu Senja

Terima kasih Bayu kerana sudi menjengah blog akak jauh dari Syria. Mula-mula ingat Arab manalah yang dok online kat blog ni. Rupa-rupanya orang kita juga. Izinkan akak petik sedikit dari blog dia. Agak-agak siapa yang setia?

Siapa Setia

suatu petang sambil masing masing menghadap teh ala ala teh arab, suasana sembang juga menjadi semakin rancak..
tiba tiba seorang rakan mencelah, "aku rasa lelaki lebih setia.."
ait?!
jawab pula rakan yang lain, "tapi lelaki suka main main.."
ait?!

Saturday, February 24, 2007

Lina

Seronok membaca kisah kehidupan Lina di seberang laut. Akak juga masih di Malaysia. Tak pernah ke mana-mana pun ... :( Tumpang seronok baca blog Lina pun jadilah... Jom kita sama-sama membaca kisah harian Lina.

Hari Khamis - Plan nak gi Rosslynn Mall & Northgate Centre di batalkan serta-merta sbb aku kureng sihat, letih & ngantuks giler mata pon kuyu mcm racoon itam keliling kelopak mata tak cukup tido…pastu baby Daniel hb terpaksa bawak gi farmasi belikan dia gel ubat penahan sakit gusi…segala urusan yg kami nak buat pd khamis tersebut terbantut dan kami dah tangguhkan ke minggu2 akan dtg…susah btul taim aku tak sihat nak urus itu ini sama2 ngan hb pastu Daniel baru nak bawak kuar gi berurusan dah melalak dr umah, kalo aku tak pigi sama camne hb nak urus sbb hampir sumer urusan tu berkaitan ngan aku selain hb. C Daniel melalak dia tak suka kuar umah pakai baju tebal2 tak selesa sesgt, semakin di pakaikan baju winter tu semakin dia melawan sampai mukanya abis merah padam.

Jumaat - Hari Jumaat tak gi mana duk umah..dan pada malamnya aku hanya tido 3 jam lbh sampai waktu subuh, bayangkan baby Daniel yg hanya tido kat learning seat dia tido yg beberapa jam bangunnya boleh di kira dari kul 10.30 pm sampai kul 6 am di alih di angkut ke bilik tidokan ke dlm crib dia, pastu baru nak rebahkan badan bangun lg..dahler rasanya mcm tak sampai sejam tido bergegar giler seluruh badanku kekejutan mendgr Daniel melalak…sampai ke harini budak nih tidonya kat crib tak sampai 3 atau 4 jam. Rasanya sebelum ini lebih baik yg hanya bangun bancuh susu dan tukar diapers sebyk sekali atau dua kali semalam dari malam hingga pagi.

Sabtu - Tak gi mana2 jugak stay kat umah layan anak2 dan kerenah, bertenet pon kejap tu pon tgk mood…Malamnya aku hanya tido kat sofa ngan budak2, hb cakap tak payah alih lbh2 lg baby Daniel so aku biarkan aje dia tido kat ruang tamu sbb kalo aku alih lg nanti mungkin mcm kes dari malam semalam malam2nya tak mo tido lama kat crib…yea, sejak dua menjak ni meragam Daniel makin menjadi2 makin mengada2, pastu dah nak mintak dukung plak. Hmm…agaknya kalo anak lelaki mungkin mcm ni kot habitat dorg. Tak mcm Sophia dr kecik sampai besar senangnya nak jaga dia tak susah dan tak teramat fenin kepala. Plus, Daniel tgh susah nak memberak taik keras kecian makin mengurus aku tgk tp tuler dah pandai memintak kalo ternampak makanan kitorang terus laju menggelungsur…tp aku bagi aje dia apple desert baby nyer makanan sementara aku stop kasik dia cereal. Comot bukan main comot lg gelojoh tul dia makan…

dsc_5925.jpg
Daniel si comot….
Ahad - Hb tak keja hari Ahad adalah off-day dia…Pas tido kat sofa mmg tak selesa dari tido kat atas katil dan tilam sendiri tapi bebudak nyer pasal dan tak patah semangat ku jaga dorg nih berkorban ajelah lbh baik dr tido kat luar atau tiada tempat tinggal. Pagi tadi pas subuh masuk tido ke bilik..legaaaaa…semlm hb ckp dia nak handle bebudak nih tu yg aku ambik chance nak rest dan tido…btul2 aku tido sampai dekat kul 12 tghari. Taim2 tido adalah plak c Sophia ntah apa dia buat bermain2 sampai kat atas kepalaku sambil menyanyi2 lg…hampir kesumer toy dia angkut pi bilik bersepah…aku tersedar wlpon masih ngantuks taim tu aku biarkan ajelah at least dia tak ganggu adik dia tido ka apa kat ruang tamu. Alhamdullillah…segala urusan hb handle bebudak harini berjalan ngan baik. :)
Tengaharinya plak, hb turun ke ke Futureshop beli LCD Projection Tv 42′inch…lama dah hb kepingin nak beli big screen ni..dulu pernah beli tv 32′inch tapi dah musnah akibat serangan bedbug…fuuh puas atiler ngan tv ni lbh2 lg main PS2 & Nintendo Wii games. :D

dsc_5988.jpg dsc_6005.jpg dsc_6019.jpg
(mom, we just bought a big screen today, we’ll phone you tomorrow)

Ok jugak lah toy hb nih dapat pon dah apa yg dia nak…pasni giliran aku plak nak tambah ‘baby’ pas D70s tunggu nanti huhuhuhuks…:P

Mutt

Dah berapa hari Mutt berYM dengan akak. Ari tu siap dia tanya bila nak link blog baru dia. Haa ni dia... mabuk excel ni. Siap kasi alamat rumah nampak. Sesiapa yang nak join bebudak ITO ni leh la sekaki di situ... hehehe. Cuba korang baca ni. Siap dengan bukti, cuma gambar-gambar yang akak cuba copy tak dapat ditunjukkan di sini. Nak tau korang p la tengok blog dak Mutt ni.

excel maniacs!!

Bukan nak kate ape arr.. tp housemates aku mmg dah gila minum air excel..

Kisahnye bermula apabila salah sorang housemate aku membeli sekarton air excel dan menjualnya pd member2 RM 1 setin.. biasala lepas main bola, sape tak teruja dgn air minuman lagi2 air isotonik..

Hari2 beli, akhirnya tergerak nak beli sekarton.. jd housemates aku pon beli la sekarton sorang.. sehari leh sampai 3 ke 4 tin.. GILO!!

Buktinye korang tengok gambar yg aku letak nih..
Buktinye korang tengok gambar yg aku letak nih..


stok...

sampah wan bb ditinggalkan kerana asek dgn game die je..

hobi wan peja pd sampah2 nya


ni keje din la ni..


marah betul aku pd ramang! suke2 taruh atas sink! jenang tingkap pon ko jd kan tempat melupuskan sampah ko!! (pehal side mirror peja atas sink gak??hampeh..)


Kesimpulannya.. korang2 yg bace kisah ni jgn ikut budaya hidup mcm ni.. aku simpati pd kwn2 aku yg hidup dibelenggu irama (eh ni tajuk lagu WINGS)...

Ceh, aku dok kate membe2 aku pong same 2x8=20

AMARAN NO.19A, JALAN MANIS 9, TMN MANIS 2, PARIT RAJA, JOHOR :

JANGAN IKUTI GAYA HIDUP INI KERANA SELAIN MEMBINASAKAN DUIT POKET ANDA (sekarton RM20.68), IA BAKAL DI PAW OLEH RAKAN2 DARI RUMAH YANG LAIN!

Thursday, February 22, 2007

Kak Long

Waa ari ni Kak Long jumpa Kak Long juga nih. Siapa Kak Long? Eh akak la... Tapi Kak Long yang satu lagi ni rasanya muda dari akak kot. Tapi kalu ikut sistem matrik akak ni pun muda lagi...baru sweet 17...hmmm perasan! Mutt mesti gelak ni kalu baca kisah perasan ni. Masa YM dengan akak mula-mula dulu, dia ingat macam sembang dengan anak dara. Sama la macam Mymoney tu...ada ke ingat akak ni anak dara lagi. Fuyo mudanya aku!

Jom baca idea Kak Long dalam blognya:

Pelik tetapi Benar

Terima kasih banyak diucapkan kepada Abang Long kerana meletakkan nama Kak Long dalam senarai tag...ihiks ..name tag ke smart tag? bukan itu tapi Kak Long kena tag supaya menyenaraikan 6 perkara pelik yang ada di dalam diri Kak Long. Uwaaa...ni kira suruh "exposed" pada dunia kebaikan dan keburukan perangai ke ni?? ehehehhe.

Dua hari kak long fikir..apa bendalah yang pelik pasal Kak Long ni ? Anyway..untuk suka-suka kak long senaraikan kat sini perkara atau perbuatan atau perangai kak Long yang pelik atau "weird". Taraaaa..sila baca..ihiks. Tak mo baca? no problem...sila tekan X disudut hujung atas kanan browser pc @ laptop anda...

1. Takut nak guna kad "touch & go". Huhuhu...korang gelak ek?? tapi itu hakikatnya. Kak Long terasa cam tangan tak sampai jer nak sentuh kad tu pada "reader" touch & go tu. Rela "Q" utk bayar duit tol..ahahahah. Bukan kad touch and go jer ... Sebelum ni pernah jadi kes kereta belakang bunyikan hon sebab tangan tak sampai nak tekan "button" tiket nak masuk parking di shopping complex.. uwaaaa...kelam kabut dibuatnyaa ...phobiaaaa jadinyer. Walaupun selepas tu Kak Long tak ada masalah tapi tetap berdebar2 takut tak sampai lagi nak tekan butang tiket setiap kali nak parking kereta ...hua hua ..mujurlah lorong "season parking" di tempat kerja ni, reader smart card tu rendah..senang capai. Pelik tapi benar !!

2. Selalu ahli keluarga Kak Long mengadu, bila tidur malam, Kak Long "mengisar" atau "mengunyah" gigi. Ehehehhe ...mungkin ada kalangan rakan-rakan mengalami sindrom yang sama. Keturunan kut sebab anak2 sedara ada yang mengikut tabiat ni. Beberapa orang sepupu Kak Long pun ada yang "melaga2"kan gigi semasa tidur.

3. Takut sesat. Kak Long memang payah kalau disuruh pergi ke kawasan yang kak long tak biasa pergi. Lagi2 kalau kena memandu. Eeeiii...takut sesat. kalau dah pasti nak arah jalan, barulah kak long berani nak pergi...alahai kena cari driver cepat2 ni ..ehehehhe.

4. Coklat. Apa jenis makanan atau barangan yang ada perisa coklat, Kak Long takkan tolak. Roti coklat, biskut coklat,kek coklat, ais krim coklat,chocolate bars, baju kaler coklat...eh baju tu barangankan?? etc etc...lalallalla.

5. Pantai . Suka duduk kat pantai merenung ombak laut, desiran angin tetapi takut utk mandi manda di laut...huhuhu...phobia Oii pasal pernah terminum air laut dan hampir2 lemas sebab tak dapat imbangkan badan..huwaaa kenangan di Redang takkan kulupakan.

6. Bunga. Suka sangat tengok bunga..perati bunga betul, gambar bunga dan segala yang berkaitan dengan bunga..ihiks...cuma tak ada orang yang bagi bunga jer ..alallalalala.

Oleh kerana permainan ini mengkehendaki kak long menyenaraikan bloggers yang terpilih utk di tag maka nama-nama dibawah ini adalah senarai terpilih yang dipilih secara rawak.

1. Noamie 2. Nziela 3. Ricky 4. KS 5.Hairie 6. Nizie

Rules & Regulations:

Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

*masih lagi mencari jawapan untuk satu kepastian*

Ukhti

Ukhti...pelik nama ni sebab akak belum pernah ada sahabat bernama sebegini. Bagus blog dia untuk kita tatap bersama dan dijadikan panduan. Jom sahabat sekelian kita berusrah hari ini untuk mendapat keberkatanNya. InsyaAllah. Akak petik salah satu darinya semoga kita mendapat iktibar.

Semakin Rindu padaNYA
بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الكَرِيْمِ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Sejahteralah
jasad Baginda
setelah melalui hari-harinya
yang memenatkan serta meletihkan
disebabkan kita...


Sejahteralah
jasad Baginda
dapat berehat setelah perutnya
yang diikat dengan batu kerana kelaparan
disebabkan kita...


Sejahteralah
jasad
yang pernah dilemparkan dengan batu
sehingga melukakannya
disebabkan kita...


Sejahteralah
jasad
yang pernah dipatahkan gerahamnya
disebabkan kita...


Sejahteralah
jasad
yang pernah dilukakan dahinya
dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah
sebagai rahmat bagi mereka
dan kita dari kemurkaan ALLAH...


Sejahteralah
jasad
yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya
disebabkan kita....


Sejahteralah
jasad
yang mana kakinya bengkak
disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta dakwah
untuk kita...


Sejahteralah
jasad
yang memikul kesukaran,
keletihan, kesakitan dan kelaparan
disebabkan kita....

ya RABB......

* sedikit nukilan ana ambil
dari Ceramah Al Habib Ali Al Jifri dalam tajuk
"Kewafatan RasulALLAH SallALLAHualaihiwasalam."


pasti akan mengalir airmata kerinduan.......
ya RABB......

wALLAHu a'lam bisawab.

Izaida

Hari ni baru sempat nak baca blog Izaida ni. Apa yang menarik kat sini ialah posing masa tido...puas gak akak baca kuiz yang diberi...tak faham langsung. Maklum bukannya mahir sangat Bahasa Inggeris ni. Nak buka kamus, malas la pulak... Jom tengok kuiz ni:

Find Your Pose!
Twelve Simple Questions to Reveal a Couple's Ideal Sleeping Position

Please pick the answers that most closely resemble your attitudes. It's important not to think too long or hard about any of these questions: let your instincts guide you as you click and submit.

Which texture strikes you as the most appealing?

Baby fur
Hand-warmed metals
Sun-warmed concrete
Chalk

What fit style do you prefer when it comes to bottoms?

Snug in the thigh, high in the rise
Tear-away style with side-snap closure
Extra long (for impromptu cuff-knot water survival)
Loose and wide, so I can feel the wind

What is your favorite animal?

Kangaroo (baby pouch, plus power and speed)
Sugar glider (baby pouch, plus patagium)
Opossum (rear-opening pouch, plus built-in repellant spray)
Hamster (cheek pockets)

What is your ideal county fair attraction?

The circular rides (ferris wheel, suspended swings)
The "water pistol/clown mouth" race
Pocket change, falling from the sky
Churros

Who do you find most unsettling?

People who keep their arms perfectly stationary when they walk
People who secretly wear full clown makeup underneath their clown masks
People who own windchimes
People who hug too long

Do you own your own equipment?

Yes, but it's second-hand and it rubs
I prefer to rent my equipment because I go out so rarely
Yes, it's in the garage, somewhere
Yes, two full sets!

What is your dental history?

I have one or more fillings
Any oral alterations are strictly organic (sidewalk falls, bar fights, monkey-bar misshaps)
I lie to my dentist about my flossing habits
These aren't my teeth

What is your preferred method of submersion?

Ocean or chlorinated pool
Bath or hot tub
Sun-warmed garden hose
Accidental spraying (whale tank)

When it comes to food, in what area do you tend to err?

Chocolate, frozen goods, hard-boiled sweets
Cheeses, hard and soft
The oils
It's all a matter of proximity

You're in the mood to go out, but your friends are all busy. You:

Take yourself to dinner, eat quickly, return home in under forty minutes
Form a fast friendship with someone on the street, guilt new friend into a night of over-confessional drinking
Stay home alone, experiment with shaving
Take yourself to the movies, talk loudly at screen and self

How would you describe your very first slow dance?

All contact reserved to the northern regions (with eight solid inches of air between sex areas)
Alone, swaying, gaze focused on ceiling
Kneady
Arrhythmic jigging, no eye contact

Do you enjoy the smell of fresh spray paint?

Yes
No

Rebena

Rebena ni peminat e-novel rupanya. Korang tak caya? Jom tengok link yang ada kat blog dia. Dia juga suka membuat link sahabat-sahabat yang lain. Masih sekolah di Tingkatan 4 tetapi sudah mahir berblog. Macam ni la ikut perkembangan teknologi. Jarang jumpa student yang masih di SMK ni yang rajin melayan blog... Apa tunggu lagi, kalu korang minat e-novel, leh la cari kat blog dia ni... Cuba tengok berapa ramai sahabat blogger dia...kira ok la tu kan...

.:: Friends ::.

oh.Kak Chika.ho
oh.Kak Wani.ho
oh.Kak Shida-kun.ho
oh.Piya.ho
oh.Sufi.ho
oh.Nyetok.ho
oh.Nurhidayat.ho
oh.Ira Didi.ho
oh.Ummu Fikri.ho
oh.Bro Alif.ho
oh.Ippen.ho
oh.Wajan-Gosong.ho
oh.huhu?.ho
oh.Sis iEn.ho
oh.Sis In.ho
oh.Bro Muzem.ho
oh.Kak Khaulah.ho
oh.Kak Intan.ho
oh.Nasih Ulwan.ho
oh.Matju.ho
oh.Bro Arief.ho
oh.Bro Shafique.ho
oh.Rabtle.ho.
oh.Sis Azyyati.ho
oh.Bro Mie.ho
oh.Shah.ho
oh.Sis Farah.ho
oh.Bro Topek.ho
oh.Bro Hafiz.ho
oh.Amanz.ho
oh.Bro Irwandy.ho
oh.Shakroil.ho
oh.Sis Afifah.ho
oh.Bro Mild.ho
oh.Sifu.ho
oh.idk.ho.
oh.idk2.ho


.:: Links ::.

oh.Blogdrive Templates.ho
oh.Gempakstarz.ho
oh.Hitz.fm.ho
oh.Pic Editor.ho
oh.Myspace Editor.ho
oh.Karang Kraf.ho
oh.Kapasitor.net.ho
oh.Sounds of Islam.ho
oh.Recitation.ho
oh.Audio Islam.ho
oh.I Love Islam.ho
oh.Nasyid.ho
oh.Info!.ho
oh.Feng Shui.ho
oh.Jemari Seni.ho


.:: Stories ::.

oh.Cinta Seorang Dhiya.ho
oh.Badai Pasti Berlalu.ho
oh.Cinta Si Gadis Bisu.ho
oh.Cinta Sang Pari-Pari.ho
oh.Cerita yg byk.ho
oh.Naqiah Khalidah.ho
oh.Relevankah Aku Dihatimu.ho
oh.Great Trouble Maker[GT_i].ho
oh.Schubert's Serenade.ho
oh.Anthem.ho
oh.Rooftop Rant.ho
oh.Versus.ho
oh.Ked's Story.ho
oh.5 Tahun 5 Bulan.ho
oh.Sesuci Cinta.ho
oh.Melarik Enigma.ho
oh.Percayalah.ho
oh.Helena.ho
oh.miss teja.ho
oh.Pesona.ho
oh.Hati Yang Luka.ho
oh.Langit Ke Tujuh.ho
.ohTeratak Anna Abadi.ho
oh.Tulus Kata Hati.ho

Jaja

Jaja dah lama masuk blog akak ni tapi akak tak sempat nak preview blog dia. So malam ni akak cuba menceduk apa yang ada di blog Jaja untuk tatapan kita bersama. Akak petik episod 7. Kalu nak tahu citer sebelum ni... jom layan...

Memories... episod 7

TT SESSION... hari itu sengaja aku melayari web club keretaku... membaca topik2 yang ada... "hah malam sabtu nie ada TT macam best jer kalu pegi"pikirku... Jariku pantas mendail no handphone jijot... "Jot, malam sabtu nie ada TT ler, jom pegi nak tak?... lagpun dah lama kita tak follow diorang..." pintaku
"key gak tue... jom jerlah..."kata jijot kepadaku
"hahaha cayalah... nanti aku bley ler bagi tau kat diorang.." terus aku meletakkan ganggang... click!...

Sebenarnya, siang2 lagi syahran memang telah memberi tahu akan perkara nie, cuma aku aje yang belum memberi kata putus padanya... puas dia memujuk supaya aku turut serta... dan yang pasti jawapanku masa itu "tengoklah dulu..." dan bila adik ku bersetuju untuk turut serta barulah aku memberitahu padanya yang aku akan menjoinkan diri kat TT tersebut... gembiranya dia bukan kepalang....

BILA TIBA HARINYA... Hari itu memang aku datang tepat pada waktunya... tengok hanya 2-3 orang yang ada di tempat perjumpaan...'hakimi dah ada' kataku dlm hati... Hakimi adalah president pada kelab kereta yg aku turut serta nie... sblum nie afifi lah yang menerajui kelab tapi selepas afifi menarik diri, hakimilah yg mengantikan tempatnya... "Hye Hakimi... dah lama ker sampai... lama jugak aku tak jumpa dengan ko kan..." kataku gembira sambil bersalam dengannya...
"emmm baru jer lagi.." balasnya...
"hoi2 salam jer boleh... jangan lebih2 aku tak suka" katanya lagi... tergelak aku dibuatnya bila terpacul jer perkataan itu pada kekawan yang lain... mungkin dia masih ingat perinsipku yang memang pantang biler ada yg cuba2 berani nak menyentuhku... cuit pun tak boleh tau!!... perkara ini mengigatkan aku dengan satu kejadian tt yang lepas... aku sanggup bergaduh besar kerana salah sorang dari rakanku yg segaja mencuit bahuku... Kelibat syahran masih lagi tiada disitu... "dia nie datang ker idak nie?" bisik hatiku... jam dah menunjukkan pukul 9mlm tapi dia masih tidak muncul2 jugak... aku meluru pada hakimi... "ehhh lambat lagikan bebudak datang?.. nak pegi tempat lain jap... karang aku dtg balik yerk?"...
"okey" kata hakimi sambil mengangguk2kan kepala... nasib baik hakimi tak tanya kemane aku nak pegi... kalu tak susah jugak aku nak menjawabnya... aku terus berlalu dari situ bersama jijot... sebenarnya aku ingin pergi berjumpa dengan afifi, faiz, juju, ikmal dan tunangnya yang dah lama menunggu aku di kedai makan... lgpun memang dah lama aku tak berjumpa mereka... sengaja aku tidak memberi tahu perkara yg sebenar pada hakimi bukan apa aku tidak mahu mengeruhkan keadaan since hakimi dan afifi tidak bertegur sapa... apa puncanya aku sendiri pun tidak pasti... mahu jugak aku bertanya tapi kumatikan niatku itu takut kalu2 pertanyaanku itu tidak disukai...

DIKEDAI MAKAN..."hai korang... lamanya tidak jumpa... rindu nie tau..." sapaku pada mereka... aku terus melabuhkan punggung ke sisi afifi... mcm2 yg kami bualkan malam tue... sedari tadi aku tidak dengar suara afifi... terus aja aku tegur..." fifi awat ko senyap jer dari tadi nie?" tanyaku padanya... dia masih lagi senyap tidak menjawab pertanyaanku... "alahhhh dia tue malu2 kucing dengan ko lah jaja... tue dia diam... control hensem tapi tak hensem pon.." sampuk ikmal... tergelak2 kitorang dibuatnya biler afifi disakat mcm tue..." laaa dengan aku pun nak malu ker... macamlah kenal aku hari nie... nak malu2 konon... kentutlah ko fiiii..." kataku mengenakan dia... afifi hanya tersengeh2 tanpa berkata...

aku memesan nasi lemak dan secawan nescafe ais untuk mengalas perut ku yang sememangnya kelaparan sejak balik dari opis... sedang aku menikmati makanan... satu sms masuk ke mobile ku "awak kat mane... saya dah ada kat sini..." aku terus membalasnya "saya ada kat kedai makan nie dengan kekawan saya... lapar.."
"cepatlah makan bley datang sini cepat... tak sabar nak jumpa awak nie tau..."
"kejaplah saya baru nak makan nie... nanti dah abis saya pegi sana key..."
"key saya tunggu nie tau..."
aku terus menikmati makana yang aku pesan itu sambil berborak2 dengan kekawanku... macam2 cite yang keluar sepanjang kami tidak berjumpa... sesekali kami ketawa berdekah2 bila menceritakan perkara2 yang lucu... orang sekeliling memerhati tidak kitorang hiraukan yang penting masa tue masa dapat dihabiskan bersama... hari itu afifilah yang banyak menjadi mangsa kami semua... bila difikirkan kesian pun ada... aku mematikan tawaku bila terdengar mobile ku berbunyi... "syahran" bisik hatiku... aku terus mengangkat dan beredar dari tempat dudukku... aku kuatir kalu rakan2 ku tahu yang aku sedang berkawan dengan syahran... juju bertanya jugak sapa yg telefon... aku hanya katakan "adalahhh rahsia..."
"awak... bila nak sampai sini... bebudak sume dah nak gerak pegi... saya tunggu awak nie tau..." suara syahran seolah2 merengek..
"japlah belum sudah lagi lah awak... karang kalu dah sudah saya tepon lah awak balik key..." kataku memujuk...
"yelahh tapi bebudak sume dah nak gerak nie tau... sy tunggu awak nie..."
"okey2 nanti sy call awak balik yer... jawabku...
aku melabuhkan punggungku kembali disisi afifi dan menghabiskan sisa makanan yg berbaki...

"Jom lah balik... lagipun dah malam nie..." afifi akhirnya bersuara...
"jom lah nanti mak aku bising plak" sampuk juju...
"jom2.. lgpun aku nak lepak dengan bebudak plak kejap... sian plak kalu tak pegi" sampuk ku... aku pun ke kaunter dan membayar apa yang kami makan dan terus beredar dari situ...

TEMPAT TT SESSION... aku memicit2 button mobileku untuk menelefon syahran..."awak masih lagi disitu ker?" tanyaku memulakan perbualan...
"emm masih lagi kat sini tunggu awak.." balasnya
"saya dah on the way nak pegi tapi kita nak berkumpul kat mana sebenarnye..."
"kat tempat hari tue... waktu kita lepat lepas bowling..."
"emmm kalu camtue saya tunggu awak tepi highway nie jerlah... tak yah patah balik..."
"okey... tunggu tau..."
aku terus menyuruh jijot meneruskan pemanduan dan menunggu dia sampai ditempat yg dijanjikan... dari jauh kelihatan sebuah kereta yang memberi high beam berkali2 pada kami... " hah tue dia..." kataku pada jijot... terus jijot mengekori buntut keretanya menuju ke tempat yg dituju...
"ishh apesal pusing2... kedainya bukan kat sini..." kataku
"ntah ikut jerlah... janji sampai..." balas jijot...

aku sengaja duduk bersebelahan dengan hakimi... berjauhan darinya... bukan apa aku tak mah ada yang mengesyaki yang aku sedang berkawan dengannya... kalu ada yang tahu mesti diorg sume terkejut... untuk saat ini biarlah ia menjadi rahsia kami berdua.. kami hanya memerhatikan sesama sendiri dari jauh... hanya sms yang menghubungkan aku dan dia...
"awak nampak pink hari nie" pujian nyakat padaku
"hehehe first time pakai baju pink... sblum nie memang tak penah pakai... okey tak? tanyaku padanya
"okey... cantik..." balasnya
"awak order apa jer nie?"
saya order burger special jer nie... nak order makanan lain tapi takde..."
sambil membalas smsnya sambil itu jugak lah berborak2 dengan bebudak yg lain... sesekali tergelak2 jugak dengan lawak2 diorg... terhibur rasanya... sesekali mataku nakal memerhatikan dirinya... begitu jugak dirinya.."ahh bukan org tahu pun kan.."gomel hatiku sendiri.. tersenyum aku sendiri...

Jam telah menunjukkan hampir pukul 12.30pg... aku dah jijot mengambil keputusan untuk pulang... sebelum mendapat panggilan mama baik balik cepat lagipun kesian kat mama... mesti dia risau kalu anak2nya balik lambat... love you mama!
"saya nak balik ler awak... dah malam nie nanti mama risau..." msg ku padanya
"orite... saya pun nak balik jugak nie... drive kete elok2 yer nanti saya tepon awak bley tak?
"bley aje saya tunggu..." balasku...

Hakimi mengiringi aku kekereta dan bersalaman dengan ku... aku terus meloloskan diri kedalam kereta dan memecut laju pulang kerumah... balik tue aku dpt panggilan darinya... macam2 yg kami bualkan... tidur lambat jugak hari tue... Ohh syahran! semakin hari semakin mendalam perasaan ini padamu sukar diungkapkan dengan kata2..

Wednesday, February 21, 2007

Farah

Hari ini pertama kali akak jumpa blog tokey herba dan kecantikan...respek la... Korang yang minat nak tau apa produk dia... jom ke blog Farah. Mungkin ada peluang nak buat duit tambahan kot...mana tau Farah leh sponsor jadi promoter ke...hehehe. Jom layan...

Khai

Korang minat selebriti ke? P la ke blog dak Khai ni. Akak no komen sebab kureng minat bab selebriti ni...contoh Siti Nurhaliza...lagu dia pun akak tak tahu sangat pun. Yang akak tahu lagu kanak-kanak je...sori la kepada peminat artis kat Mesia ni...memang akak tak amik kisah pun bab artis ni. Kat rumah tak pasang pun radio sebab pagi-pagi dah pegi sekolah, balik sibuk masak, makan dan tido...petang-petang dok tengok tenet.

Dragon

Best juga tengok blog Dragon ni. Kisah dia p mandi kat Air Terjun Lubuk Kawah di Tanjung Malim. Di Kota Tinggi ni pun ada air terjun juga. Rumah akak pun tak jauh dari situ cuma setahun payah sekali nak ke sana. Tak tahu kenapa. Orang lain dari Malaysia yang dok jauh-jauh pun sanggup ke situ tapi akak...maleh nak menjengah pun. Tengok gambar ni : Air Terjun Kota Tinggi dah banyak berubah wajah.


Jom kita tengok apa yang Dragon buat lak:


MELEPAK DI TEPI WATERFALL

Tarikh : 9-11 Februari 2007
Lokasi : Lubuk Kawah Tanjung Malim Perak
Konsep : Santai-santai sambil menyahut cabaran 4 x 4

Giler besh arr lubuk kawah nih..permandangan yg cantek dan kolam yang memang giler dalam..antara xtvt kitorang masa kat sini ialah makan,tiruk,men gelongsor sungai,mancing,tido & mcm2 lagi.Antara perkara yang paling besh ialah masa powil Abg Said sangkut,dapat lihat bagaimana sume peserta bekerjasama membantu mencari jalan supaya powil tuh bergerak.Dpt gak tgk bagaimana kepakaran Abg Said memandu powil nyer utk melepasi cabaran dan halangan trek balak..tahniah kepada Adik Idan dan rakan2 organiser yang telah berjaya mengajurkan xtvt ini dengan jayanya...

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Mau tgk gambo len..klik sini

Baracuda

Terima kasih Baracuda kerana sudi menjengah di blog akak. Di alam ciber ini Indonesia dan Malaysia tu macam dekat banget. Entah bilalah akak berpeluang untuk melihat negara tumpah darah nenek moyang sebelah emak akak ini (sebelah ayah pula asalnya dari Tanah Besar Cina). Tapi wajah akak tidak serupa amoi la...mungkin kerana mewarisi keturunan dari Pagar Ruyung.
Bila membaca entri Daik Lingga, akak teringat pantun kegemaran waktu kanak-kanak dulu:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

DAIK LINGGA

Daik Lingga pada jaman kerajaan melayu dulu merupakan kota kerajaan, sejarh menorehkan kerajaan Melayu daik lingga pernah mencapai masa kejayaannya, tidak hanya dari sisi sitem pemerintahan yang dibenahi namun ilmu pengetahuan dan hubungan antar kerajaan lain jga terjalin dengan baiknya.

Gunung Daik bercabang tiga . . .patah satu tinggal dua . .

Begitu lah sejarahnya, menurut legenda gunung ini dulunya bercabang tiga, namun patah satu, jadi kini yang dapat kita saksikan hanya dua cabang. Gunung ini sampai hari ini masih menyimpan sejuta rahasia sejarah yang belum terungkap.

Kerajaan Daik Lingga memiliki benteng pertahanan yang kokoh, dari perbukitan yang langsung menuju ke pantai terpasang sembilan belas meriam sebagai senjata pertahanan dari serangan lawan yang sewaktu -waktu tiba. Namun sayangnya peninggalan serah ini tidak terawat dengan baik dan terkesan tidak terpelihara.

Julie

Banyak kali akak terangkan kepada sahabat-sahabat yang lalu di blog ini bahawa tujuan utama akak mencipta blog ini adalah:
1. Mengeratkan silaturrahim
2. Menyampaikan ilmu

Bagi akak mengkritik kelemahan orang, huh minta dijauhkan Allah. Akak tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa kerana akak sering ingat pesan guru-guru akak dulu bahawa tutupilah kelemahan / keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup kelemahan dan keburukan diri kita. InsyaAllah.

Eh apa pula kaitan blog dak Julie ni? Tak ada kaitan langsung. Hanya mukaddimah akak sahaja pagi ini selepas membaca blog Arjuna. Akak teringat entri-entri dia yang cukup mengesankan di jiwa.

Akak hanya nak kongsi dari blog Julie . Akak cuba buat macam saranan dia. Bila buat macam ada logiknya. Tapi kan komen akak camne kalu dok melekat gitu masih ada gak pasangan yang bercerai berai? Walhal bercinta bagai nak rak dulu... Jom tengok ni:

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)


2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
4. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
6. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

animated

Arjuna

Anak muda ini sangat aktif berdakwah melalui media. Satu perkembangan yang sangat baik. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. Teruskan usaha murni ini ok. Akak doakan semoga kita semua dapat manfaatkan ilmu yang ada ke arah kebajikan. InsyaAllah. Pagi ini akak tertarik melihat entri Arjuna yang berjudul Wanita dan Buaian. Mungkin kerana akak seorang wanita, isteri, ibu dan guru. Cuba hayati apa yang dimaksudkan oleh anak muda ini...

Wanita Dan Buaian...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..dapat juga arjuna meneruskan contengan ilmiah dalam ruang kecil maya ini. Imtihan dah tamat 2 hari lepas. Namun, hati ini belum lagi dipalut kelegaan selagi tak keluar natijah. Doakan arjuna berjaya!..

“ Wanita yang menghayun buaian mampu untuk menggoncang dunia!”. Ingat lagi kalam ini? Entah kali ke berapa arjuna mendengar kalam ini. Arjuna juga yakin anda pun tentu dah banyak kali mendengar kalam semangat ini. Namun apa gunanya mendengar tanpa menghayati? ..

Semalam arjuna membaca satu berita di Harian Metro yang memaparkan kisah pergaduhan ala samurai di kalangan pelajar sekolah di Manir, Terengganu. Banyak kali juga arjuna ke Manir semasa balik bercuti dulu. Masa tu heboh pasal isu melempar mercun ke sekolah tersebut. ‘ Ish..macam-macam’. Baru-baru ini pula arjuna terbaca satu berita yang memapar kisah remaja ‘terpilih’ yang membanjiri konsert di Johor walaupun ketika itu Johor sedang dilanda oleh banjir yang luar biasa. ‘Ish..ada juga ye jenis camni’. Bila arjuna call mesia 2 hari lepas, ibu arjuna mengadu yang masyarakat kampung dah makin teruk..pengedaran pil kuda, hidu gam, kecurian motor di masjid dan dah ada remaja perempuan yang melahirkan anak tidak berbapa..(nauzubillah) ‘Ish..kampung aku pun kena !’..ini baru di kampung..bagaimana pula di bandar ?..serta banyak lagi kes-kes yang arjuna yakin anda semua mengetahuinya.

Di sini, kalau kita perhatikan siapa yang patut dipersalahkan ?..mungkin kepada politikus, mereka akan mengatakan kerajaan yang salah..kerana tidak kembali kepada ajaran Islam yang hakiki tetapi menggunakan Islam Had hari untuk mengaburi mata rakyat. Betul dari satu sudut dan jelas keyataannya sekarang, semakin banyak slogan, kempen, ceramah tentang Islam Had hari, rakyat kita semakin teruk dari hari ke hari. Namun, apa yang arjuna mahu tekankan di sini adalah peranan ibu bapa yang turut memainkan tugas penting dalam memastikan didikan kepada anak-anak mengikut yang digariskan syara’.

Oleh sebab itu ‘wanita yang menghayun buaian mampu untuk menggoncangkan dunia’..kalau lah betul caranya.. ! Apa yang anda faham pada kalam ini ?..Siapa yang akan menggoncang dunia sebenarnya ?..Wanita tersebut atau anak yang dalam buaian itu ?..Ramai yang menafsirkan kalam ini ditujukan kepada wanita yang sering dipandang lemah, tetapi sebenarnya wanita mampu untuk menjadi pejuang dan menggemparkan dunia contohnya kisah keperwiraan Khaulah Al Azwar dan beberapa orang srikandi perjuangan yang lain. Namun, bagi arjuna..kalam ini juga boleh ditafsirkan dengan kehebatan wanita yang mendidik anak-anaknya sehingga menjadi kilang pejuang dan boleh menggoncang dunia dengan kehebatan akhlak dan ilmu!.

Ini kerana, andai wanita yang bergelar ibu mendidik anak-anaknya mengikut syariat Allah, InsyaAllah tiada lagi masalah yang berkaitan akhlak dan masalah-masalah lain kerana di sana telah terbina sebuah keluarga Islamik yang akan melahirkan masyarakat Islamik serta kemudiannya negara yang Islamik !. Tidak payah guna slogan Islam Had hari pun..

Sekarang, cuba putarkan ingatan kita kembali kepada sirah perjuangan di zaman Rasululullah SAW dahulu, mungkin anda pernah terbaca kisah seorang wanita yang menangis apabila tiga orang anaknya telah syahid dan beliau sedih bukan kerana kesyahidan anak-anaknya itu tetapi kerana sudah tidak ada lagi anaknya yang mahu dihantar ke medan jihad !.Wanita yang Ibu seperti inilah yang kita mahukan. Bukan Ibu yang menangis dan turut mengajar anaknya menangis bila ada artis yang terkeluar dalam rancangan maksiat Akademi Fantasia !

Bila bercakap tentang artis, arjuna amat geram dan marah bila membaca dalam akhbar tentang permohonan maaf seorang artis yang turut bergelar ibu tentang kelancangan, kebiadapan, kekurangan ajar artis ini menghina Saidatina Khadijah Radhiallahu’anHa. Kalimah " tua nak mampus " ditujukan kepada Saidatina Khadijah Radhiallahu’anHa. Apa taraf dia untuk membandingkan dirinya dengan Saidatina Khadijah Radhiallahu’anHa ?..Jauh langit dengan bumi!. Apa pun, arjuna mendoakan agar Allah mengampunkan artis tersebut dan moga ALLAH memberikan hidayah kepadanya.

Moga Allah memelihara keturunan kita daripada kerosakan akhlak dan membersihkan kekotoran noda dan dosa dalam jiwa masyarakat di negara kita!..Jadilah ibu bapa yang meletakkan Islam sebagai panduan dalam mendidik anak-anak. Baru akan wujud bukan hanya Ibu atau Bapa Mithali tetapi yang kita mahukan Keluarga Mithali!. Salam syifa’…

flower openingflower openingflower openingflower openingflower openingflower opening

Tuesday, February 20, 2007

Haniey

Malam ni akak baca blog Haniey tentang Rahsia Di sebalik Tulisan. Akak lum baca habis ni. Tengah ingatkan bentuk tulisan akak...mmmm (tengah fikir sambil garu kepala separuh gatal) bentuk tulisan akak tegak, adakalanya condong ke kanan (kalu dah mula penat la) , serabut dan tak boleh dibaca langsung (bila dah lalok...hehehe...besanya masa kat UM dulu la...tau2 pen dah dok kat lantai), coraknya sederhana besar, tulisan bulat-bulat (macam budak prasekolah juga la gamaknya) kalu buat huruf "a" tu macam "a" century gothic la...sebijik budak tadika.
Jom kita baca apa personaliti akak....kalu bagus tu...tepuk la tangan...kalu tak bagus tu doakan la supaya akak berubah yek...

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya

So korang nyer yang camne? Fikir dong...
Red Rose Red Rose Red Rose

Gadis

Best gak blog ni. Nama tokey dia Intan Hanina aka Ien aka Gadis dari Kuala Kangsar, Perak. Sebelum ni akak ada preview blog dia cuma yang ini akak amik dari blog dia yang lain. Rajin gak dia mengarang yek... Link dia http://potret-gadis.blogspot.com/

Inspirasiku


Ingatlah kamu wahai perempuan sekalian, apabila kamu berkawan dgn lelaki, sama ada sekarang atau akan datang setelah kamu dewasa, ingatlah ada dua pilihan terbentang: Pilihan pertama, kamu jadi seperti kelapa, yang senang diperolehi,diparut,diperah dan diambil santannya. Lepas tu hampasnya dibuang...

Pilihan kedua, kamu boleh menjadi seperti sebutir mutiara di dasar lautan yang tersimpan rapi di dalam kulitnya. Bukan senang nak mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah sahaja dapat memperolehinya. Sebab itu, harganya mahal sekali. Dan orang akan menyimpan mutiara itu buat selama-lamanya...

Jadi, wahai perempuan sekalian, pilihlah sama ada hendak jadi kelapa ataupun mutiara...



Senyuman itu tidak menyakitkan tetapi ia menjadi penawar hati yang sakit


Adakalanya kita berasa sedih tetapi kehidupan ini perlu diteruskan


Perasaan marah yg muncul adalah api drpd di dalam dada insan. Sebagai ungkapan, seelok-eloknya biarlah marah bertempat.


Perasaan takut membimbangkan sesuatu. Mengambil berat terhadap sesuatu perkara yg kita risaukan. Namun, segala-galanya adalah ketentuan oleh Allah swt.

Airynnz

Cantik blog Airynnz ni. Penuh bunga ros merah. Bunga kegemaran akak gak nih.



Puisi ini best:
SECEBIS BICARA

Selalunya orang yang kita sayang
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji
Selalunya orang yang kita sayang
suka membuatkan kita terkeliru
Selalunya orang yang kita sayang
suka membuatkan kita terluka
Selalunya orang yang kita sayang
suka membuatkan kita terkilan
Selalunya orang yang kita sayang
suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis
Dan selalunya orang yang kita sayang
suka hadir bila memerlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan

Entri ni pun menarik gak...
Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Orang nya:

Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.
Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..
dalam apa2 persoalan jua
mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat:
Sabar aje lah.. be patient.
Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat
laun hati nya akan lembut jugak..
Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg
lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING:

Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya..
kalau dah tak tahan dgn
mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka
panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan
menang punya pasal diorang nak menang jer.....


Yang lain-lain tu korang g la tengok sendiri. Akak copy Gemini sebab bintang akak. Hmm agak-agak ada ke personaliti ni pada diri akak ek?

Azela

Kat blog Azela akak terbaca entri ni...



Melayu

Photobucket - Video and Image Hosting
"Aku malu melihat

bangsaku malu berbahasaku..."


dan yang ini

Kenapa???/

Kenapa???apa yg ingin aku persoalkan di sini ialah kenapa sukar sekali utk kita manyatakan atau melahirkan perasaan sayang kita pada ibu bapa...pada mak..pada ayah..pada umi..pada daddy..kenapa.///??tapi kalau pd teman istimewa kita.....erm..tak taulah nk cakap ape kan..tapi..ape yg pasti aku bukan mcm tue..ye!!bukan mcm tue!!

Malang sungguuh...mak sayang kita..tapi tegas betul!!ayah sayang kita...tapi..garang..nak pandang mata pun takut..ape lagi nak senyum kan..
sedih aku melihat sesetengah orang yg suka mengkritik ibubapa sendiri...kononnya mak ayah tak memahami...sape kata???sapa yang kata???
cuba story sini skit...

Hmmm...betapa payah untuk aku merungkapkan nilai kasih sayang ibu bapa pada anaknya...sebab apa??sebab terlalu besar!!!ya!!besar sangat!!percayalaaahh...

So..apa lagi??mari kita beramai-ramai bagitau kita sayang mak bapak kita...pegilah buat air ke...itu satu kasih sayang jugak..walaupun kecil..tapi bermakna...


As-comei

Kelakar la baca blog dak As-comei ni. Banyak kali akak senyum sendiri. Rupa-rupanya kuat tido dak As-comei ni. Macam akak jugak masa dolu-dolu...pantang jumpa bantal...lentok terus. Tengok ni, comei nya dak As dengan fiancee dia...mmm bila nak kawen ni sayang oi... akak doakan moga berbahagia mek comei oii..

Photobucket - Video and Image Hosting



man and butterfly animated gifs



Striker

Striker - pelajar di UiTM Jengka...sama dengan anak la... Nama dia 'Azyyati Ab Llah, berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Kecik comel je... Eh eh...sori la terbaca profile lak... Student Computer Science...wow mesti hebat ni bab komputer. Ada masa nak gak minta tunjuk ajar. Boleh ke?

tweety bird animated gifs tweety bird animated gifs tweety bird animated gifs

Pepsi and Coca Cola Contains PORK (PIG) extracts - PROVEN!!

Pepsi and Coca Cola Contains PORK (PIG) extracts - PROVEN!!

Shocking / Bad News : Pepsi and Coca Cola contains extract from Pork (Pig)

Most of the people avoid Pepsi and Coca-Cola for various reasons:-
1. Because of harmful chemical contents such as excessive carbonates, etc.
2. Because it is a Zionist Jewish product and they are supporting and funding the illegal Zionist state aka Israel terrorist activities.

Now there is yet another reason which is more dangerous i.e. "Haraam" contents in these drinks. The following news article has been published in Al-Riyadh Newspaper on 20th August 2006. This is the translation of the news article. Please see the attached news in Arabic.

The scientific and medical research says that drinking Pepsi & Cola leads to cancer because the key element is taken from Pigs sausage. The heavenly books Qur'an, Bible and Torah forbids eating Pork, as it is the only animal that eats dirt, dung and urine, which makes lethal and deadly fabric polluted germs and microbes.

According to a report published in Jordanian magazine, the head of Delhi University Science and Technology , Dr. Mangoshada scientifically proved that the key element in Pepsi and Cola contains extract from the intestines of Pig which causes cancer and other deadly diseases. The Indian university conducted tests on the impact of drinking Pepsi and Coca Cola which proved that drinking them lead to more rapid heart rate and low pressure. Also drinking 6 bottles of Pepsi or Cola at a time causes instant death. It also contains chemicals such as carbonic and phosphoric acids, citric acid which harms teeth and causes bone fragility. Bones kept in the Cup of Pepsi melts during the week knowing that the bones of the dead remain in the grave for thirty years. Research itself confirmed that the calcium dissolved in Pepsi and it weakens the bladder, kidneys, kills the pancreatic, leads to diabetes and infectious diseases.

Pepsi or Coca-Cola lovers nothing to worry as it is not the only drinks available on this earth, as we have other healthy alternatives such as natural fruit juices, canned coconut water, flavoured milks, buttermilk etc., all of them are conveniently available even in the small stores.

PLEASE PASS THIS MESSAGE TO ALL UR FRIENDS & CONTACTS

Aqilah Part 2

Tak puas rasanya menatap blog Aqilah ni. Ada entri yang cukup menarik di sini. Biarpun dia ni baru berusia 17 tahun!...

Makna Tersirat Di Sebalik Kata-Kata Seorang Wanita


Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?

Sunday, February 18, 2007

http://www.auroramist.com

Benarnya akak dah lupa nick blogger ni. Maaf la...puas cari kat blog dia tp tak jumpa lak. Blog ni cantik. Gambar-gambar yang diselitkan memang indah. Mengasyikkan. Maklum dok luar negara. Macam akak ni menetap je la kat Mesia ni. Nak p mana lagi? Beruntung bagi sahabat-sahabat yang berpeluang ke luar negara. Korang g la tengok blog ni...http://www.auroramist.com/

Biru Langit

Kita teruskan perjalanan petang ni ke Yokyakarta. Nun jauh di sana langit sedang membiru sedang Langit Biru setia menanti kedatangan sahabat sekelian. Terima kasih Biru Langit kerna sudi mampir di blog akak yang serba kurang ni. Tersentuh hati apabila membaca entrinya yang berjudul Menangislah...karena kita manusia kerana baru sebentar tadi airmata menitis kerana terharu menonton tayangan di TV...akak benarnya mudah tersentuh hati dan menitiskan airmata walau di mana sekali pun...ahh gembeng ...bak kata orang Jawa...tapi adik-adik sering ketawakan akak kerana kononnya akak tidak matang walaupun sudah di usia emas begini. Kalu baca novel, mau menangis sampai bengkak mata...ya Allah terlalu menghayatinya. Kalu menonton, pasti suami akan menyuruh anak mengambilkan tisu. Hiss ada ke patut? Apapun semua itu membahagiakan akak juga :)

Menangislah... karena kita manusia.


Di hari yang spesial itu. Kulihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 09.00. Kurebahkan tubuhku pada kasur. Dengan niatan energiku terkumpul kembali sehingga menjadi segar. Sisa –sisa begadang tadi malam masih terasa. Ngantuk rasanya, apalagi suasana di pagi itu sangat mendukung. Agak dingin, karena sekarang sudah memasuki musim penghujan. Walaupun,di pagi itu tidak hujan, tidak juga cerah. Sedang berawan nampaknya.

Sebelum kedua kelopak mataku terkatup, tiba-tiba dering Hanphone ku berteriak, tanda ada telpon masuk ke dalam Hpku. Kulihat dilayar bertuliskan Abi-Ummi,Oh.. bapak-ibuku menelponku, ada apa gerangan?? Ku angkat,dan ternyata suara ibuku. Tanpa basa-basi ibu langsung mengucapkan : selamat ulang tahun, Ri.. kujawab dengan suara yang agak keras walaupun posisiku sedang berbaring juga masih ngantuk di atas kasur “terima kasih bu…” dialogpun terjadi, kabarku dan kabar keluarga di sekayu juga ku tanyakan… tentunya...


Ya…itu telpon pertama di pagi ini. Kulanjutkan rencanaku semula untuk kembali mengatupkan kedua kelopak mataku..Ngantuk masih menyergap tubuhku. Akhirnya,..antara sadar tidak..akupun telah tertidur walaupun beberapa dering sms Hpku berbunyi. Namun, aku abaikan saja. Rasa ngantukku mengalahkan segalanya. Dalam alam mimpiku..satu-persatu wajah-wajah yang kurindukan itu muncul. Bapak-Ibuku…dengan kesederhanaannya silih berganti berputar-putar di alam maya itu. Segala aktivitas sehari-hari yang dilakukannya di rumah, juga masuk ke alam mimpiku. Lalu kemudian, muncul sosok wajah yang teduh, dengan janggut tipis dagunya. Ya! itu kakakku, tapi entah kenapa, di alam itu aku bertengkar dengannya. Dan pertengkaran ini, adalah pertengkaran yang sangat hebat!! Kamipun baku hantam, saling pukul, walaupun aku tidak merasa sakit. Sampai aku berteriak!! Berteriak dengan lantang!! Sangat keras suaraku sepertinya. Walaupun tidak terdengar dengan lantang suaraku itu.
Tapi saat teriakkan itu tidak ada gunanya, aku menangis dan entah di mana saat itu. Aku terisak berulang kali. Sepertinya di suatu tempat, di mana tidak ada orang lain selain diriku. Aku sendirian.. ku lihat di sekelilingku, sepi..sunyi.. ya aku memang sendiri..aku kesepian. Semakin menjadi-menjadi tangisku..aku terisak..isak, menangis tersedu-sedu.. Aku merasa bersalah yang tidak ada alasannya. Atau aku ingin menyalahkan siapa, aku juga tidak tahu. Sampai aku membuka kedua mataku, sampai ruhku kembali menyatu dengan jasadku. Aku masih menangis, entah kenapa..sampai di alam sadarpun aku menangis.

Hati ini masih terasa pilu, sendu . Bulir-bulir air mata itu mengalir deras di sisi-sisi indra penglihatanku.Aku tidak ingat, kapan terakhir aku menangis. Mungkin sudah cukup lama. Ku ambil selimutku lalu kututupkan ke wajahku. Berharap agar hatiku lebih tenang, jiwaku lebih rileks lagi. Aku bangkit dari tempat tidurku, masih dalam keadaan bingung, masih dalam wajah sedih dengan mata yang basah. Aku bertanya pada diriku,kenapa aku menangis??


Ku setel murottal dari laptop bututku. Kupilih surah An-nisa’ dan Yassin dari Qiro’ Al-Ghomidi. Kudengarkan lantunan ayat-ayat kauliyah Allah, begitu menenangkan, begitu menyejukkan. Sedikit demi sedikit, tubuhku mulai tenang. Semuanya kembali normal. Walaupun pikiranku masih penuh tanya. Memang hari ini tanggal 8 februari 2007. Genap 21 tahun sudah usiaku. Tidak sepatutnya aku menangis, seharusnya aku bahagia di hari miladku. Atau ini adalah tangis bahagia??


Dalam renunganku, aku masih bersyukur atas apa yang telah aku alami tadi. Aku bersyukur masih bisa untuk menangis. Dengan menangis bisa melembutkan hati. Dan sebaliknya,dengan banyak tertawa dapat semakin mengeraskan hati. Memoriku kembali berputar untuk mengingat apa yang aku dapatkan saat khutbah Jum’at di Masjid Kampus pada jum’at yang lalu. Bahwa salah satu obat hati adalah dengan mengingat mati. Mati?? Tepat 10 hari yang lalu, senin 29 Januari 2007 pukul 23.00 WIB aku di beri kabar oleh temanku SMA dulu di sekayu. Bahwa, sahabatku Islam Anggriani (adook) telah meninggal dunia, setelah koma selama 1 minggu lebih akibat kecelakaan maut yang menimpanya. Ajal tidak mengenal usia. Terakhir aku bertemu saat lebaran 1427 H yang lalu. Namun kini, beliau telah tiada. Sebuah tadzkiroh untukku. Obat hati agar selalu ingat dengan sang Rabbul izzati. Melembutkan hati setiap manusia sebagai makhluk yang lemah, dengan menangis..Menangislah..


Menangislah…bila harus menangis..
Karena kita, semua.. manusia..
(Air mata -- DEWA)

animated baby cryinganimated baby cryinganimated baby crying

Aqilah



Hari ini akak ada masa sikit sebelum mula menulis untuk menyahut cabaran Jakun 1. So petang ni akak tengok blog Aqilah ni. Dah lama dia jengah blog akak ni. Jom kita tengok apa ada:
Renungan
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu..

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita daridunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika
ada di kalangan kamu yang perasan.

Ada banyak lagi entri berunsur nasihat yang boleh kita ambil sebagai contoh teladan. Terima kasih Aqilah kerana menjadikan blog sebagai wadah untuk membentuk keimanan rakan-rakan pembaca. Mudah-mudahan kita dapat manfaat darinya. InsyaAllah.
Wassalam..

Nia

http://nengniah.blogspot.com/

Sahabat ini datangnya dari Indonesia. Minat mendengar nasyid dan puisi. Lihat puisi yang diciptanya. Ada identiti tersendiri...

Menatap ke Depan

Jangan lihat pertikaiannya
Jangan lihat perbedaannya
Jangan lihat konflik diantara kita
Duduklah sejenak…
Bersamaku menatap ke depan
Biarkan semuanya mengalir,
Ikuti arusnya yang tetap ke depan
Tinggalkan semua kisah dan gundah masa lalu
Biarkan itu menjadi fase perjalanan
Dari semua yang terkenang indah…
Sampai haru yang menjadi kisah

Duduklah disini bersamaku…
Rasakan sejuknya angin kala ini
Bukankah hembusannya selalu kedepan?

Duduk bersamaku disini…
Lihatlah panorama indah ciptaan Rabbi
Dan rasakan hangat sinar mentari ini
Bukankah semuanya terasa indah sahabat?
Itulah bukti cinta-Nya...

Duduk dalam rasa hati yang sedang terdiam
Tersembunyi bak banyak hal tersimpan
Namun, belum tahu untuk kukatakan,
Yang disampaikan hanya dalam perbuatan,
Mungkin…Itulah sebabnya cinta bukan untuk dikatakan,
melainkan untuk dinyatakan.

Sebagai pernyataan cinta kita pada-Nya
Ku ingin kita yang duduk disini…
Senantiasa mengikuti angin dan air yang mengalir maju ke depan
Dan segala sesuatu yang bergerak ke depan,
Maka berfikirlah untuk selalu MAJU!!!

Sousa Kanashimi wo yashisa ni jibun rasisha wo chikara ni!
Ubahlah kesedihan jadi kegembiraan,
ubahlah keunikan (sesuatu yang beda) jadi kekuatan!

-di kamar indah penuh lembaran- (lagi ngerjain skripsi yang diketik jadi ini ya?

Lisa

Ini kisah kehidupan kampus. Hmm rasanya leh jadi idea kalu nak wat novel ni... Lisa, terima kasih kerana sudi datang ke blog akak. Kisahnya mestilah tension pasal wat assignment. Tapi kan nasihat akak kat korang yang masih belajar ni, assignment ni lah penyelamat kita. So kena wat betul-betul. Lainlah kalu korang ni kaki menghafal. Bagi akak better buat assignment dari peksa. Besa masa akak kat UM dulu, assigment selalu skor A. Camne? Mudah je, kalu korang pandai scanner, ini memudahkan kerja. Besa dulu akak akan pinjam kat library sampai 10 buah buku (guna member nyer kad library), pastu balik umah terus scan pages yang dirasakan perlu dimasukkan ke dalam projek tu. Scan semua muka surat berkaitan guna sistem OCR. Pastu edit balik, copy dan paste dalam laporan kita. So ... 1 hari pun leh siap keje tu. Pastu akak pun ambik beg baju, beli tiket kat Puduraya dan balik kampung... Bila dah balik kampung jangan harap la nak wat assignment...Pendek kata prinsip akak : Work smart. No more work hard.

Dhie

Ketika membaca blog ini akak rasa seolah-olah berada di zaman persekolahan dulu. Maklum masa tu banyak gaya bahasa terikut-ikut kisah Filem Melayu... my favret aktor ....Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Pastu jiwang-jiwang...puitis sekali. Jom jengah blog dari teman kita di Indonesia ini: Dhie

Ketika mendung membayang, mega menggulung, mungkin hari ini akan turun hujan, dan aku kembali terhanyut akan lamunan.

Senja ini.....
Semakin membuatku merasa sendiri, merasa tak berarti, merasa tak berguna. Kekecewaan semakin jelas, tergurat dalam kedalam lubuk yang sunyi. Kedukaan yang hadir tergores kecewa, kian nyata membias dalam sanubari.

Senja ini.....
Memaksaku untuk mengenang masa yang silam. Kenangan yang terukir dalam dada, yang pernah membuatku terluka, yang selalu membuatku menangis, yang selalu membuatku ragu tuk melangkah. Ya..... mungkin semua itu harus aku ingat selalu, untuk mengingatkan siapa aku ini. Siapa yang hidup dalam diriku. Siapa yang mengukir semua ini.

Senja ini hadir ditemanin hujan.....
Tanpa terasa kristal bening mengalir dipipiku. Oh...Tuhan....... Aku kembali menangis. Entah berapa kali air mata ini telah terkuras. Mungkin begitu banyak karena terlalu banyak duka yang selalu membuatku tersiksa. Ku tatap air hujan disana..... begitu deras, mungkin sederas airmataku ini. Oh...Tuhan..... Jangan engkau keringkan air mataku ini.... Karena hanya dengan airmata ini aku berbagi duka dan suka, walau kini hadir sebuah nama.

Dulu......
Ketika gerhana itu melanda, terlalu hijau bagiku untuk mengerti apa yang telah terjadi. Aku hanya bisa menangis, ketika suara-suara keras dan kasar terdengar. Ach....., hanya tangisan seorang bocah kecil yang tak mengerti apa-apa. Lalu aku terbuai oleh kasih sayang yang lain. Kasih sayang yang tak mampu menghapus dahagaku.

Ketika aku menginjak remaja, terbaca olehku garis hidup yang telah aku lalui. Begitu gersang, tiada kasih yang abadi. Tak kutemukan tatapan seorang ibu yang sarat kesucian. Tak aku dapatkan rengkuhan perlindungan dari seorang ayah. Ketika itu.... semakin kurasakan, sesungguhnya aku tak memiliki semua yang aku harapkan.

Hadir kebencianku, rasanya aku hanya punya dendam, punya kebencian, punya kedukaan dan punya kelukaan. Aku berusah mencari aksih sayang yang lain dari bentuk yang berbeda. Tapi ternyata, aku malah semakin jatuh dalam jurang kedukaan yang teramat dala.

Bila aku melihat perwira-perwira yang berpakain hijau, membuatku terhanyut dan melamun. Seandainya pakaian itu masih melekat pada tubuh orang yang telah membuatku terlahir, aku akan bangga dan begitu hormat.

Tapi...... Ya Allah........ tepiskanlah kisah lampau yang selalu membuatku surut dalam melangkah. Hilangkanlah dendam yang bersemayang di hatiku, karena kini telah aku temukan sebuah mentari yang membuatku melupakan kisah itu. Telah aku temukan nama yang indah yang hadir menemani kesendirianku dan keterasinganku.

Senja ini......
Masih basah oleh air hujan, namun lubuk hatiku tak lagi terasa sunyi dan basah.

BIAR AKU LUPAKAN SELAMANYA

note : Tulisan ini aku dedikasikan untuk seseorang yang telah menjalanin kehidupan ini dengan ketabahan yang sangat luar biasa.

Kyohakeem

Ni blog remaja. Buat anak-anak dan adik-adik yang masih remaja bolehlah jengah kat blog ni. Makcik tak tau nak komen apa Hakeem. Moga Hakeem akan tekun dan gigih berjuang demi masa depan yang lebih cemerlang. Ni entri dia...maklum zaman remaja ni memang mudah di landa panah asmara... Jangan terlalu jiwang sangat nanti masuk longkang...hehehe

http://kyohakeem.siotz.org/

Kenangan keem bersama si dia banyak makna.Keem tak leh lupa kan kenangan ni. Keem harap dapat jumpa dia lagi.

Cerita sikit pasal dia ni,dia ni bernama Fadzilah. Panggilan Fadz je.
Fadz ni salah seorg yang paling cantik dalam sekolah keem waktu kitaorg sekolah sama.auw..Waktu kitaorg sama sekolah dulu,keem asik melarikan diri dari dia je.Keem pun tak tau kenapa.Mungkin sebab keem terlalu malu sangat dengan dia.Keem ni memang seorang pemalu.Inilah masalah keem sekarang ni, tak dapat nak kawal perasaan malu tu.Keem dah cuba banyak kali tapi susah.Kalau perempuan tegur keem dulu baru la keem berani nak layan.Kalau tak,haram la jawapnye.Fadz ni ramai yang suka dekat dia,nasib baik la keem ni penyabar kalau tak tak tau la nak kata apa.Jeles tak abis abis la nampak nya.padahal tak ada hubungan apa ape pun,scandal je lebih. Hehehe

Fysal aka Sixshot

Kesian Fysal. Semoga isterinya cepat sembuh. Beritanya ada di sini:

HYpeRemEsiS Gravidarum

hari ini adalah hari yang penuh kegelisahan bagi diriku.....isteriku terpaksa di masukkan ke wad
kerana mengalami Hyperemesis yang teruk,



rungsing juga fikiranku memandangkan keadaan isteriku yang masih lemah terlantar di katil, selera makannya langsung tiada..

barulah aku mengerti mengapa Allah tidak mahu langsung memberikan syurganya untuk anak yang menderhaka khasnya kepada ibunya. bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang ibu itu melahirkan seorang anak bumi ini....benarlah kata alim ulamak, walau beribu tahun seorang hamba Allah itu sujud beribadah, sekali menderhaka kepada ibunya, adalah kekal untuknya api neraka..

kepada Mrshai dan sahabat msjbox yang lain, semoga terhibur dengan msjbox bowling yang berlangsung pada 3/3/07
maafkan aku mr shai, aku rasa memang aku tidak dapat menghadirkan diriku pada tarikh berkenaan memandangkan cutiku dibekukan kerana ada banyak acara yang akan berlangsung di Langkawi, ditambah pula keadaan isteriku yang tidak mengizinkan..sampaikan salamku kepada mereka yang hadir..

doakan agar keadaan isteriku sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera dan segera pulih dari hyperemesis ini.

Jom lawat dia di http://hypersonic.such.info/

Friday, February 16, 2007

Indahsakura

Pewitt...cantik betul blog dia. Akak suka sebab banyak gambar bunga yang cantik. Jeles tengok. Cuba tengok ni antara entri dia. Cun habis la...(puji ni kena belanja akak k!)

Cantik

Cantik itu pelengkap hidup wanita. Bertuahnya wanita itu atas anugerah dari-Nya. Tapi cantik juga adalah sesuatu yang subjektif kan! Mungkin pada pandangan kita wanita itu tampak cantik. Barangkali pada pandangan orang lain tidak. Berbagai andaian dan alasan boleh dibuat tentang itu. Aduhai..Sakura pun teringin sama untuk menjadi seorang wanita yang cantik di mata hati kalian, boleh begitu?!!

Kadang kala kecantikan itu boleh memakan diri sendiri tanpa disadari kerna kecantikan itu sendiri boleh membuahkan irihati dan hasad dengki orang lain. Cantik itu jua sering mudah dijadikan bahan fitnah oleh sesetengah orang yang busuk hatinya dan tidak bertanggungjawab. Manusia jenis ini memang tidak akan senang untuk melihat setiap kelebihan yang ada pada insan lain. Alahai…ada juga jenis manusia yang bersikap sebegeni. Rupanya sukar juga menjadi seorang wanita yang cantik ya!

Cantik di mata, cantik di hati. Itulah yang sering diharapkan. Sekiranya hanya kecantikan paras rupa sahaja yang ada, tetapi di hatinya penuh dengan warna kehitaman maka tiada artilah kecantikan itu kerna itu tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu wanita yang sejati. Sesungguhnya harga diri, budi pekerti yang baik seseorang wanita itu adalah lebih berharga dari kecantikan wajah itu sendiri.

Mentari pagi begitu cantik sekali di tika ini...

Tambahan: Sori akak lupa link...http://indahsakura.blogspot.com

|| Usah Gentar Menegakkan Kalimah Allah ||: maal hijrah 1428

|| Usah Gentar Menegakkan Kalimah Allah ||: maal hijrah 1428

Puteri

Akak ada buat link dari entri Puteri yang berjudul Maal Hijrah 1428. Harap korang sudi membacanya untuk dijadikan pedoman. Sebagaimana yang diwar-warkan dari blog ini Usah Gentar Menegakkan Kalimah Allah, banyak pedoman yang boleh kita manfaatkan bersama. Ingat nak copy je dari entri yang ada. Tak boleh pulak...sebab tu akak buat link sahaja. Sori la sahabat semua, akak malas nak menaip panjang lebar petang ni. Selamat bercuti.

Nziela

Petang ni akak baca entri Nziela. Bagus untuk renungan kita bersama.


Fikirkan Tentang Perkara² Ini...

Hari ini sebelum anda mengucapkan kata² yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh bercakap.

Sebelum anda merungut tentang rasa makanan anda,
Fikirkan tentang seseorang yang tiada apa pun untuk di makan.

Sebelum anda merungut tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang menangis kepada tuhannya memohon pasangannya.

Hari ini sebelum anda merungut tentang hidup anda,
Fikirkan tentang seseorang yang telah pergi dulu dari hidup.

Sebelum anda merungut tentang anak² anda,
Fikirkan tentang seseorang yang betul² mahukan anak tetapi mereka tidak boleh mendapatnya.

Sebelum anda merungut tentang rumah yang kotor kerana tidak dibersihkan,
Fikirkan tentang seseorang yang tinggal di jalanan.

Sebelum anda merungut tentang jauhnya jarak pemanduan anda,
Fikirkan seseorang yang hanya berjalan kaki sejauh jarak pemanduan anda.

Dan sekiranya anda keletihan dan merungut tentang kerja anda,
Fikirkan seseorang yang menganggur, orang yang cacat dan seseorang yang berharapan untuk mendapat kerja.

Dan sekiranya perasaan tertekan membuatkan anda murung,
Perlihatkan senyuman di muka anda dan berterima kasih kepada tuhan kerana anda masih hidup.

Thursday, February 15, 2007

Addix

Hohoho...dak Addix ni muda belia sangat lagi. Student MMU rupanya. Sebaya anak sulung aku. Kira hebat gak blog dia ni. Maklum orang berpendidikan IT. So korang leh la belajar dari dia ni...hmm agak-agak dia nak tak bantu korang sumer kalu hadapi masalah IT? Harap boleh la kot sebab ilmu kalu diamalkan akan semakin bertambah. Orang lokek ilmu tak ke mana perginya. Macam gak kita bersedekah. Satu sedekah diberi, tujuh Allah balas... ingat kat nasihat ustaz n ustazah aku dulu.

So nak komen pun tak berani la sebab ini blog orang hebat. Korang tengok je la kat: http://addixer.blogspot.com/

Skrumas

Akak baca entri ini:


WaNiTa Di MaTa LeLaKi

seorang suami balik rumah… dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak, surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut - ruang tamu lagi teruk berselerak, lelaki itu melaung nama isterinya… sepi tiada jawapan, masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak, masuk ke bilik air - baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam, lelaki itu cemas mencari isterinya - dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku… “awak sakit ke?” tanya lelaki itu.
“tak lah” jawab isterinya ringkas.
“kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang… NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI…”

Dari Ilham seorang lelaki…

“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan… dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang ISTERI, EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Kau Isteri Ku…Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’, tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil… Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberet jadik tak faberet. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop… Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun…. belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini, dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…

So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu isteri kita, best fren kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi… penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita… tak rela!!!

Komen akak: Biasalah orang lelaki ni. Tau balik keje nak ode kopi, teh, milo panas. Padahal sama-sama balik dari ofis. Anak merengek, haram tak dikisahnya. Bila isteri tak masak, tak kemas rumah pergh bebelnya lebih dari sorang mak tiri. Mau aja akak sekel suami cam ni. Apa dia ingat kita ni kuli dia ke? Berapa dia bayar kat kita tiap bulan? Kang bila dia tak cukup duit, kat mana bank dia yang terdekat?...haa kita jugak kan. Sedih akak tengok suami camni. Bila dah tak ada bini kat sebelah masa tu baru rasa sedih... tapi biasanya tak lama pas tu cari isteri baru. Perjalanannya tetap serupa. Mau aje akak lanyak lelaki camni... Cuba la lelaki fikir camne susahnya 9 bulan bawa perut yang memboyot. Tak usah lama, bawalah batu bata 2 ketul ikat kat perut korang sepanjang hari, nak tidur, nak makan, nak masuk jamban...agak2 korang rela tak jadi isteri? Bak kata Skru...Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita… tak rela!!!
So pesan akak, hargai isteri anda. Korang nak tengok bicara cinta lain jom layan
http://www.skruemas.com/blog/ - memang best. Tahniah