Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum,
Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma ini, akak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat yang pernah singgah di blog ini. Semoga anda semua gembira menyambutnya bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Sesungguhnya kehadiran anda semua di sini amat menggembirakan akak. Akak akan berehat panjang sehingga akhir Oktober kerana terpaksa di kuarantin. Huhu ada keje nak buat daa ... di samping menziarahi teman-teman. Kepada rakan-rakan yang men"tag" akak, harap bersabar kerana akak akan muncul semula di bulan November nanti setelah urusan selesai. InsyaAllah. Akak akan online tapi mungkin tak sempat nak update blog ni sepanjang jangkamasa tersebut.


8 komen:
Selamat hari raya..kak G..maaf zahir batin...selamat bercuti..
ya sama2 la kita. cuti untuk sementara waktu. tak sempat nak jengah blog kwn utk link. maklum kalu pi blog kwn2 tu kena baca n tentu amik masa. lepas keje akak selesai, insyaAllah akan kembali beraksi. hahaha.
Kak G
Di penghujung Ramadhan ini, Kasawari7 ini mengucapkan
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN...
Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..
DAN
SALAM AIDILFITRI.. HARI KEMENANGAN..
Hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa memerangi nafsu makan dan minum serta menghindar daripada melakukan perkara yang boleh mengganggu pahala puasa.
"Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah"
Assalamualaikum Kak G,
Selamat Hari Raya juga buat Kak G sekeluarga. Ni nak tumpang tanya dengan Kak g bab anak saya si Lly tu (sorry lari tajuk raya).Macam ni..umur Lily baru masuk 4 tahun 2bulan ,tapi dia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik dan slang American(ikut TV) dan juga baca buku "Bacalah Anakku No 2".Iqrak buku 1. Masalahnya saya bimbang dia "terlalu cepat". Nanti tahun depan bila pi sekolah tadika ,dia pasyi boring.Macam anak sedara saya(girl) ,tak mahu pi tadika sebab cikgu asyik ajar ABC sedangkan dia dah boleh baca buku! Bimbang jadi macam tu kat Lily pula..apa yang patut saya buat? Jika di ikut saya rasa beberapa bulan lagi tentu dia mula membaca.Sekarang dia baca buku BI tahun 1 abang dia punya pakai ingat..lancar je. Macamana ni kak..Tolong beri pendapat dari sudut seorang cikgu ya..
selamat hari raya gark kakG.moga bergumbira ngan kuarge tersayang :)
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.
Eid Mubarak to you and your beloved ones.
Please forgive me for any of my shortcomings.
Taqqabal ALLAHu minna wa minkum.
Fi amanALLAH :)
salam,
selamat hari raya buat kak g sekeluarga...semoga gembira selalu..amin.
assalamualaikum,
selamat hari raya gak akak ucapkan. pasni nak ke JB raya umah makcik n umah adik2 lak. sementara tu on9 jap. nak update blog lepas 31 okt. byk benda nak citer terutamanya senario raya kat umah akak la. tungguuuuu...
Post a Comment