Ruangan Iklan




Tuesday, February 6, 2007

Puisi Sahabat

Petang ini selepas makan tengahari akak sempat membaca sebuah puisi berjudul Sahabat. Ingat nak buat dalam bentuk klip video tapi tak sempat lagi. Oleh itu jom sama-sama kita membaca puisi ini sebagai mengisi masa terluang:


Sahabat,

salam persaudaraan kauanginkan untukmu

yang sama meredah rimba hidup

mendaki gunung harapan.

Sahabat,

mari sama-sama kita berdoa

agar jangan tersesat menyusuri

simpang siur hidup.

sahabat,

mari kita kutip

pelita-pelita hidup

yang mengerdip indah

di kiri kanan perjalanan.

Sahabat,

hidup mesti berguna

jangan tidak sama sekali.

Yahya Mat Ail

Kg. Teluk Jering, Tumpat, Kelantan.

http://gelombang5.7p.com/salamsahabat.htm

No comments: