Ruangan Iklan




Monday, October 19, 2009

Mutt dah kawin

Assalamualaikum

Lama x menulis tentang kawan-kawan. Ni picture aku grab dari friendster kawan a.k.a anak angkat a.k.a Mutt (Junkid85). Tahniah la sebab akhirnya dapat tamatkan zaman bujang. Dia nikah pada 2 Mei 2009 yang lalu. Aku dapat tahu pun hari ni. Kebetulan online YM. Dia nikah di IJN. Kira first time aku dengar orang nikah kat IJN. Tok Kadi masuk wad sebab kena serangan sakit jantung. Khabar gembira yang aku terima ialah dia bakal jadi ayah tahun depan. Weh bestnya tahun depan dapat cucu baru...

Tuesday, September 29, 2009

Raya 2009

Assalamualaikum

Lama dah tak menulis di sini. Malas tahap dewa bak kata budak-budak sekarang ni. Raya tahun ni macam tahun-tahun sudah juga. Kami anak beranak di rumah sahaja. Usai solat Hari Raya kami ke kampung yang hanya 14km sahaja dari rumah. Sempatlah berposing sakan dengan mak dan abah serta adik-adik.

Mak dan abah yang masih "loving couple"

Bersama adik-adik. Aku " Si Dayang Senandung" dalam famili.

Hanya adik bongsu sahaja yang tak ada kerana dia beraya di rumah mertua di Johor Bahru. Manakala anak saudara yang sulung beraya di New Zealand. Kalau ada rezeki 2 tahun lagi mungkin anak keduaku pula beraya di negara matahari terbit. Raya 2 tahun lagi mungkin bertambah ahli keluargaku. Mudah-mudahan aku dan suami dipanjangkan usia untuk melihat kebahagiaan anak-anak.

Tuesday, September 8, 2009

Renungan

R E N U N G A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong


.......
T E T A P I...

KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


.......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, June 28, 2009

Projek Mega

Kelihatan rumah tetamu yang menghadap Gunung Panti. Suami pula sedang memikirkan sesuatu untuk menjayakan projek ternakan kambing.

Kandang kambing yang bakal didiami oleh kambing-kambing pawah kelak.

Kandang pertama yang memuatkan 40 ekor kambing.

Istana hinggap kami yang bakal didiami tahun hadapan. Mungkin di sini juga kami akan membuat majlis pernikahan anak sulung. InsyaAllah.

Istana kami yang masih dalam pembinaan.

Assalamualaikum
Kami berdua sekarang ini sibuk dengan projek mega. Hehe... projek yang dibiayai dengan pinjaman Bank Rakyat je... nak pinjam dengan sedara mara memanglah payah. Sejak kebelakangan ini seorang rakan sekerja sibuk bertanyakan projek ternakan kambing yang telah kami jalankan sejak setahun lalu. Rupa-rupanya dia ingin berkongsi ternakan pawah. Saya memang tidak arif dalam hal ini dan telah meminta beliau berjumpa terus dengan suami. Petang semalam beliau berserta isteri dan anak datang melihat sendiri projek yang sedang kami usahakan. Khabarnya perkongsian bakal menjadi kenyataan di mana beliau bersedia memodalkan 10 ekor kambing. Nampak gaya rumah yang sedang kami siapkan perlu segera disiapkan supaya memudahkan pemantauan dibuat terhadap pekerja yang kami bakal bawa masuk dari Indonesia. Adik lelaki saya pun nampaknya berminat untuk turut serta selepas menerima separuh duit graduiti sebelum pencen dari perkhidmatan tentera hujung tahun ini. Alhamdulillah. Kami masih membuka peluang kepada rakan-rakan yang lain. Kami turut merancang untuk menternak ikan keli di kolam ikan di belakang rumah yang telah siap digali beberapa hari lepas.


Tuesday, June 23, 2009

Tension

Sudah lebih seminggu aku tension.Aku bosan dengan kerenah manusia.Asal bangun pagi sahaja aku ingat pasal kerja.Aku semakin malas untuk ke sekolah. Aku rasa bersalah pada murid-murid aku tapi aku benar-benar tertekan.Aku tak boleh tumpukan pada kerja. Aku hanya berikan tugas kepada murid-murid dan duduk melayan perasaan. Semalam aku benar-benar rasa down.Aku menangis semahunya.Entahlah. Aku pernah merasainya sebelum ini sewaktu bertugas di pedalaman bila apa sahaja yang aku lakukan dikritik hebat.Dulu aku hampir nekad berhenti kerja. Mujur suami adalah teman setia yang sudi mendengar luahan rasa.Namun tekanan dahulu telah membuatkan aku mengorak langkah ke depan untuk membuktikan bahawa aku juga manusia yang boleh berjaya. Pernah sewaktu menuntut di UM, gaji aku ditahan selama 2 bulan. Saat yang paling sedih bila aku terpaku di depan mesin ATM untuk mengeluarkan gaji. Waktu itu aku dibayar separuh gaji yang tinggal RM300 sahaja. Bila 1 sen pun tiada di ATM bagaimana aku perlu membantu suami menanggung anak-anak seramai 4 orang, membayar sewa rumah di Vista Angkasa dan makan. Duit itu juga aku perlukan untuk bayar tambang ke kelas dan pulang ke kampung. Saat-saat getir itu aku lalui dengan pahit sekali. Aku benar-benar tertekan. Malah aku hanya makan sekali sehari. Banyak lagi kisah pahit yang banyak aku telan semuanya. Kesukaran hidup waktu itu membuatkan aku kenal siapa kawan, siapa lawan dan siapa saudara. Mujur abah ada. Dialah yang bantu aku, suami dan anak-anak. Terima kasih abah. Sebab itulah sehingga sekarang walaupun dahulu abah paling garang pada aku tapi aku tetap sayang abah. Abahlah yang sanggup bantu aku untuk bangun menangkis setiap halangan dan dugaan yang datang. Abah juga sanggup buat apa sahaja untuk pastikan aku dapat segulung ijazah biarpun aku hampir menyerah kalah di semester pertama. Kejadian pahit yang berlaku buat aku menangis seminggu. Di hari peperiksaan mata aku membengkak akibat terlalu lama menangis mengenangkan nasib anak-anak.Mujur keputusan yang keluar diluar dugaan. Aku berjaya mendapat markah yang baik walaupun tension gila. Ianya jadi pemangkin buat aku terus berusaha. Terima kasih abah atas sokongan yang diberi.

Kali ini lain pula cubaannya. Aku rasa kecewa dengan sikap manusia di sekeliling aku. Mujur suami tetap setia mendengar luahan rasa. Aku luahkan juga pada abah dan mak. Mereka bertigalah yang sentiasa setia mendengar luahan hati aku. Aku sejak dulu memang tidak pernah ambil pusing pasal orang lain punya gaji, kedudukan atau harta. Aku peduli apa kalau orang sebelah aku kaya raya. Kalau nak beli segunung intan pun ada aku kisah? Aku paling marah kalau orang kacau hidup aku sebab selama ini aku tak kacau hidup sesiapa. Aku bukan minta pujian tapi cukuplah sekadar dihargai usaha yang aku buat. Aku dah tak nak fikir pasal APC sebab sejak dulu aku bukan seorang yang pandai ambil hati bos. Aku buat kerja aku ikut kemampuan aku bukan untuk ampu bos. Aku suka kerja aku sebab itu cita-cita aku sejak kecil. Cuma aku hangat bila ada orang yang suka kacau kerja aku. Aku paling tak suka kalau ada orang tikam aku dari belakang. Aku paling benci kalau ada orang yang pijak kepala aku untuk naik ke atas. Aku benci orang yang pertikai berapa banyak gaji dan elaun aku hanya kerana aku mengajar tadika. Aku menyampah bila ada orang pertikai kenaikan gred aku sekarang. Aku memang layak sebab sudah tiba masa dan aku juga lulus cemerlang dalam PTK. So what? Aku dapat sebab aku tidak pernah pijak kepala sesiapa malah aku tak pernah sekali pun dapat APC macam orang lain walau aku kerja mati-matian sejak 22 tahun dulu. Aku buat kerja sebab kerja itu aku suka. Aku tak sibuk nak menceceh kisah orang lain. Aku tension niiiii.....

Tuesday, June 16, 2009

Kawan Lama

Assalamualaikum

Lama dah aku tidak mencatat cerita di sini. Semakin hari aku semakin malas kerana aku sedang menumpukan penulisan yang lebih bercorak akademik di blog kelas aku. Aku kena dan mesti kendalikan blog kelas kerana kelas aku terpilih untuk mewakili daerah Kota Tinggi di dalam pertandingan kelas terbaik negeri Johor. Ada ketikanya aku memang hampir tewas. Aku macam nak lepaskan semuanya. Tapi bila fikirkan semula untuk peluang kenaikan pangkat ke gred guru pakar DG48 mengikut jalan pantas ( 3 tahun di DG44 dah layak mohon )... aku telan semua kepenatan itu. Cuma bila bos sibuk suruh aku siapkan laman web sekolah aku macam dah tak boleh nak terima rasanya. Banyak sangat yang aku kena fikir. Bukan mudah nak buat laman web sekolah sebab banyak info kena masukkan. Semua tu aku kena buat di rumah! Aku ulang sekali lagi buat keje DI RUMAH!. Kalau di sekolah memang aku tak sempat sebab tugas aku di kelas pun tak pernah selesai. Aku nak nangis rasa bila ingat semua ni. Entahlah mungkin sebab aku semakin tua... sekarang ni bila lama-lama mengadap komputer, mata aku berpinar-pinar....belakang aku sakit.

Ada ketika aku rasa macam nak tutup je blog ni. Tapi bila ingatkan kawan-kawan aku fikir semula. Kalau aku tutup... susah aku nak cari info tentang kawan-kawan yang pernah sama-sama menjadi blogger di peringkat awal dulu. Jadi aku biarkan je blog ini bersawang.

Cakap pasal kawan-kawan lama aku teringat berita stadium Kuala Terengganu runtuh beberapa minggu lalu. Waktu wawancara dengan pengarah bomba Terengganu disiarkan di TV3, suami aku kata...Pauzan dah jadi pengarah Terengganu dan malam ni aku cuba selidik... dah sah... dia dah jadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. Tabik la kat kawan lama aku ni....

PgKB 1 PAUZAN BIN AHMAD
Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu

Aku masih ingat masa adik sepupu aku kawin 2 tahun lalu dan dia sekeluarga turut ada di rumah makcik aku. Apa lagi aku pun perkenalkan anak-anak aku kepada dia dan anak-anak dia. Hahaha... boleh ke dia cakap kat budak-budak tu yang aku ni makwe lama dia. Nasib baik anak-anak dara dia faham ayat gurauan itu. Kalau tak mau ada orang yang cemburu. Hehehe... Sebenarnya ada cerita lucu berlaku masa kami lepas SPM dulu. Masa tu aku dapat interview untuk sambung belajar di ITM (kini UiTM) di Batu Pahat. Sehari sebelum temuduga aku ke rumah orang tua dia di Batu Pahat. Sampai di simpang kampung aku terus ke kedai berhampiran bertanya arah rumahnya. Sampai di rumah orang tua Pauzan aku yang ramah tamah ni terus je bersalaman dengan makcik-makcik yang sedang memesin getah di tepi rumah Wak Ahmad ni. Aku ni gatal mulut terus je tanya mana anak bujang Wak Ahmad ni di depan makcik-makcik yang ada tu. Kebetulan waktu itu dia sudah keluar. Hehehe... anak dara tanya anak bujang orang ni apa kes?... Makcik-makcik yang ada tu semua konfius sebab aku orang Kota Tinggi tetiba je tanya anak bujang orang Batu Pahat. Hahaha... arwah Wak Ahmad terus je cakap yang aku ni tunang dia. Mak dia pun angguk sama. Hehehe... kecoh kat Parit Semarang yang aku dan Pauzan ni tunangan. Malam itu aku tak jadi tidur di situ sebab Pauzan tak ada dan tak ada pula orang yang boleh hantar aku ke pusat temuduga. Aku terpaksa bermalam di rumah kawan aku di Air Hitam. Sebenarnya aku dan keluarga Pauzan bukan orang lain... abang dia telah menjadi pakcik aku apabila berkahwin dengan adik mak aku.... hahaha... kami berkawan sejak hari pertama abang dia sah jadi pakcik aku. Tu je...

Berbalik kisah aku jadi "tunang" orang dalam sekelip mata... Selepas beberapa hari aku balik dari Batu Pahat, Wak Ahmad dan isterinya datang ke rumah mak aku untuk ucapkan terima kasih kepada aku. Rupa-rupanya Pauzan ni jadi rebutan anak dara di kampungnya. Bila aku tetiba je datang, mereka cepat-cepat mengaku aku ni tunang dia. Kebetulan masa tu aku maintain ayu...sopan santun gitu... hehe... salam cium tangan. Betul la tu kan... salam dengan orang tua yang juga aku anggap nenek dan datuk. Tapi dengan anak bujang dia tak kan la aku nak panggil Pak Anjang lak... dah sebaya weh... aku ikut suka je la.. Sejak aku tiba di kampung tu barulah reda kisah perebutan. Kiranya aku ni penyelamat la... Sepatutnya aku ni masuk jadi ahli bomba dan penyelamat tau...hahaha...

Zan, kalau kau baca entri aku ni.... sorila yek sebab aku buka kisah lama. Ekceli ramai kengkawan sekolah kau di SMT JB yang juga kawan aku di SMK Tun Habab pun tertanya-tanya di mana kau sekarang. Bila tengok rupa kau yang terkini... rasa cepatnya masa berlalu. Rambut ala Alleycat kau dulu dah hilang semua ek... tapi aku tetap mantain lagi tau... hehehe... Sebab apa aku ni awet muda? ... sebab aku ni tiap-tiap hari jumpa orang muda... hahaha... Apa-apa pun kau tetap menang dari aku.... kau dah bertaraf Pengarah... aku ni "pengerah" anak-anak murid je. Kau tetap menang sebab kau ada 7 anak tapi aku yang kawin dulu cuma ada 4 je.

Hehe... seronok kenang kisah lama.